Wednesday, October 12, 2011
Flora Yang Semakin Pupus DiLembah Bama
Baru ini (bulan Oktober 2011), saya ada balik menghantar anak saya untuk bertugas diJabatan Haiwan ,Lipis saya berkesempatan melawat tapak rumah lama kami ditepi Gua Bama yang bersebelahan dengan rumah Makangah Siti, ibu kepada Halim untuk menengok pokok rawa yang dikatakan masih hidup ditepi Gedung Wan Tekah.Saya mendapati pokok rawa tersebut masih hidup dan pada tahun lepas menurut emak saya pokok itu ada berbuah. Ini adalah juga pokok-pokok zaman saya bebudak diSungaibatu yang saya coretkan dalam buku Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga, 2011 yang telah saya terbitkan.Rumah kami tepi Gua Bama begitu banyak kenangan yang turut saya coretkan terutama tentang cerita kami dimasa kecil bersama Jefri dan Halim (Alim).Saya juga bertemu dengan Makangah Siti yang sedang mengalihan lembu mereka. Sekiranya sakit lembu-lembu tersebut bolehlah anak saya itu tengok-tengokan nanti,bagi catatan saya kali ini saya paparkan foto buah kabung yang saya ambil dekat tapak rumah lama kami itu. Pokok kabung sekarang hampir pupus dan saya terkenangkan orang Benta yang membuat gula kabung yang begitu sedap dimakan dengan emping atau kekalau dizaman kami bebudak dahulu disungaibatuderelong.
Dr Aminudin
Trilogy Haji-Sejarah Menunaikan Haji Dunia-Indonesia (Siri 2)
Sebuah buku yang agak komprehensif bertajuk Historiografi Haji Indonesia , yang ditulis oleh Dr M.Shaleh Putuhena,2007 mencoretkan bahawa Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati menunaikan haji dari Pasai dan tinggal diMekah selama tiga tahun.Rata-rata mereka dari Nusantara ketika itu keHijaz (Tanah Arab) adalah untuk berniaga.Kajian dari buku diatas juga mendapati orang Indonesia kehaji menaiki kapal niaga,kapal haji mulai tahun 1825 yang disediakan oleh Syaikh Umar Bugis dan dalam pelayaran Abdullah Munsyi pergi haji melalui Singapura menggunakan kapal bernama Subulassalam milik Syeikh Abdul Karim pada tahun 1854,Masehi.Jika sebelum itu kapal haji menggunakan layar tetapi sejak tahun 1858 kapal haji telah menggunakan wap (steam).Melaka mulanya tempat penumpang naik kapal haji tetapi kemudian telah berpindah kePasai untuk keMekah.Memetik kisah Pelayaran Munsyi Abdullah buku kajian diatas mencoret perjalanan Abdullah Munsyi yang bermula diSingapura, kemudian ke kota Alfiah dan kemudian bertukar kapal bernama Atia Rahman dan sampai dikota Kalkatah dan kemudian sampai diJedah, mereka memakai ihram diYalamlam yang juga mikat bagi haji Nusantara ketika itu.Pas haji dikenakan oleh Belanda pada rakayat Indonesia pada kadar F110 sejak tahun 1825 sedangka tiket kapal dari Padang-Jedah hanya berharga 50 dollar, jadi mereka sering naik kapal diSingapura,Penang atau Bombay.Pada tahun 1872,Masehi jumaah haji Indonesia seramai 4,688 orang dan 997 orang dariitu tidak mempunyai pas haji.Cerita-cerita sejarah perjalanan haji dihuraikan dengan baik oleh penulis buku ini.Saya juga tercari-cari diMalaysia buku sejarah seumpama ini ,namun hingga sekarang tidak berhasil.Diharap pihak Tabung Haji mengusahakan dimasa akan datang, atau menjemput Penulis Tamu bertandang diTabung Haji untuk mengusahakannya.
Dr Aminudin
Sunday, October 9, 2011
Trilogy Haji-Peribahasa Melayu-Arab-Kashmir (Siri 1)
Peribahasa Melayu tentang Air memang banyak. Misalnya Air setitik dilautkan,tanah seketul digunungkan yang bermakna membesar-besarkan perkara yang kecil.Air pun ada pasang surutnya dan tidaklah pasang selalu yang bermakna nasib manusia tidak dapat ditentukan.Air mata jatuh kedalam yang bermakna berdukacita dengan secara diam.Air Besar, batu bersibak yang bermakna saudara atau kawan akan berpecah bila berlaku perselisihan besar.Air besar sampan tak hanyut bermakna maksud yang tidak tercapai.Air dalam terenang bermakna hidup yang tenang dan tenteram.Air jernih ikannya jinak bermakna negeri yang aman dan teratur serta rakyatnya berbudi bahasa.Air keruh, limbat keluar yang bermakna negeri yang huru-hara,orang jahat mencari keuntungan.Dan peribahasa ini yang selalu kita dengari iaitu Air yang tenang jangan disangka tiada buaya yang bermakna orang pandai tidak mudah kalah dalam perdebatan.
Sedangkan peribahasa Arab tentang air ialah Tanah yang rendah itu menghisap air orang lain serta airnya sendiri yang bermakna orang yang jahat bukan sahaja merosakana diri rakan-rakannya tetapi dirinya sendiri.Air banjir sudah sampai ketanah yang tinggi bermakna sesuatu yang sudah melampau batas telah menjadikan sesuatu yang buruk.Air mata dari sibuta sebelah adalah harta rampasan yang dingin bermaksud seseorang yang sangat kedekut dan hanya memberi sedikit saja sedekah.
Pengambilan air yang tidak akan mengeruhkan lautan bermakna pemberian yang sedikit tidak akan mengurangkan harta yang dimiliki seseorang.Penghalau air banjir menghadapi arus yang deras bermakna seseorang yang jahat jika bertemu orang jahat adakalanya menjadi insaf dan tidak jahat lagi.
Manakala kita jarang mendengar Peribahasa Kashmir tentang air iaitu Kita boleh membakar air dan adakalanya kita tidak mampu membakar minyak (Bahasa Kashmir berbunyi " Aki sund dyurah chandah beyih sund katu") dimana maknanya ada sesuatu itu kadang-kadang bernasib baik.Berapa banyakah bekas air telah dipecahkannya ? (Ami yarabalan chhih kutiyah nati pkutaruvamati?) yang bererti adanya unsur kejahatan.Adakah segala kotoran akan hilang dengan membasuhnya dek air (Chhalanah mal chhua atsan kih nah neran? ertinya adalah segala pengetahuan itu datangnya dengan belajar atau sebaliknya ?.
Dr Aminudin
Haji Tahun 1432Hijrah/2011
Sempena Haji Tahun 1432,Hijrah, saya akan menulis buku saya yang terkini berjudul " TRILOGI HAJI" yang akan memuatkan Sejarah Menunaikan haji bagi seluruh dunia,Manual haji Tamattuk dan Peribahasa Melayu digandingan dengan peribahasa Arab dan Peribahasa Kashmir.Hari ini orang Malaysia menunaikan haji menaiki kapalterbang bukan lagi kapal layar atau kapal wap (steamer).Rombongan menghantar orang haji adalah kepelabuhan Kelang.Jemaah haji akan membawa peralatan memasak dan bahan mentah untuk dimasak dan dimakan ditanah suci.Saya membaca Tuhfat Al-Nafis yang ditulis oleh Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji menulis "...belayarlah keRiau, tiba diRiau berkemaslah lalu keSingapura mencari kapal tambang dan setelah dapat mereka kePulau Pinang.Ada dibawa seramai sepuluh orang dan duit sebanyak 14ribu ringgit.Sampai diPulau Pinang dan belayarlah keJeddah menyewa kapal Turki bernama Feluka dan tidak lama sampai diJeddah pada sanat 1243 "'.
Foto saya paparkan ialah Pelabuhan Swettenham 1920 dan 1930 yang dipetik dari buku berjudul" Malaya 500 Early Postcard" oleh Cheah Jin Seng,2008
Dr Aminudin
Tuesday, October 4, 2011
Flora Yang Jarang-Jarang DiTemui DiLembah Bama
Sempena kajian saya terhadap Biografi Abang Mejar (B) Abdillah dari Kampung Kuala Telang untuk mengambil foto tapak rumah ayah beliau iaitu Aki Uda, saya bersama pak Itam Mat terjumpa bunga yang jarang-jarang kita lihat lagi. Bunga ini setua bunga pakma yang dijadi ubat tradisional Melayu. Jadi dengan rakaman foto ini juga membuktikan bahawa Lembah Bama memang terkenal dengan hidupan floranya yang dikira berusia lama, dengan kata lain " Teori Lembah Bama Sebagai Pusat Tamadun Tua Melayu DiAsia Tenggara" boleh dibuktikan menerusi flora-flora yang terdapat dibuminya.
Subscribe to:
Posts (Atom)