Saturday, September 3, 2011
SK Kuala Telang,Lipis,Pahang
Sempena Hari Raya Lebaran tahun 1432 Hijrah (Tahun 2011) ini saya balik keKampung Relong disamping mengambil gambar SK Telang,Kuala Lipis,Pahang bagi menyudahkan Biografi Abang Mejar (B)Abdillah yang saya tulis.Untuk menuju keSK Telang itu saya meminta Pakitam Mat menunjukan jalan kekampung Telang yang juga merupakan kampung dalam Kajian Lembah Bama (2009) yang telah saya terbitkan.Namun setelah perjalanan dari Kampung Bercang dan kemudian Kampung Tanjung Jambu, kami melalui jalan yang saya kira bertaraf Jalan PLB dari simpang tersebut barulah kita berjumpa dengan SK Telang. Sekolah tersebut adalah bangunan Baru dan saya percaya bangunan lamanya sudah tiada dan tapak sekolah inilah Abang Mejar (B)Abdillah belajar dahulu.Data http://map.cikgu.net.my/schools/view/1379 memberikan kita fakta bahawa sekolah itu didirikan pada tahun 1938 tapi sayangnya tidak mempunyai foto atau gambarnya.Jadi tahulah saya betapa susahnya pelajar-pelajar dahulu untuk pergi kesekolah berdasarkan jalan yang sedia ada sekarang.Begitu juga rumah Abang Mejar (B) Abdillah yang saya lawati telah terbiar dan tidak sesuai untuk didiami lagi. Begitu juga sekolah ini menerima peruntukan dari Pejabat Pelajaran Lipis tidak lama dahulu berdasarkan perbualan saya dengan bekas PPD Lipis, Haji Zahari Uda semasa saya mengziarahi rumah beliau.Saya juga difahamkan oleh orang yang mengawasi sekolah itu ada foto-foto lama sekolah itu masih disimpan. Inilah yang perlu ditulis oleh ahli persatuan Sejarah Lipis kerana kampung Telang dahulu istimewa kerana disitu tempat tinggal Penghulu Telang dan ada wali dikebumikan ditanah perkuburan tersebut.Selamat Hari Raya kepada peminat blog ini.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment