Thursday, March 24, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 10


Analisis Perbandingan Pendudukan Jepun Dengan Zaman Darurat 1948-60

Banyak penulis telah menulis tentang zaman Jepun dan zaman darurat tetapi mereka jarang melihat aspek jiwa yang terkorban. Malahan banyak yang menulis zaman Jepunlah yang melakukan kekejaman terhadap orang Cina khasnya dan orang Melayu dan India amnya. Jadi kita lihat data dari buku bertajuk Darurat 1948-1960 yang disunting oleh Profesor Khoo Kay Kim dimukasurat 231-233 seperti berikut :-

Bilangan Gerila Komunis yang dibunuh seramai 6,133 orang dan keseluruhan yang tawan dan menyerah ialah 10,061 orang (termasuk dibunuh).

Bilangan Penganas yang dibunuh mengikut kaum Cina (6,253),Melayu (223) dan India (119)
Bilangan orang awam terbunuh mengikut kaum Cina (1713),Melayu (320)dan India(228)

Bilangan tentera/polis terbunuh mengikut kaum Cina(26),Melayu (386) dan India (25)

Analisis- semasa pendudukan Jepun orang Melayu boleh dikatakan dilayan dengan baik kerana Jepun mengiktiraf kuasa Raja-raja Melayu dan dalam foto kajian saya dapati Sultan Pahang menghadhiri mesyuarat dengan General Yamashita dan Mayor Syonan diSingapura tahun 1942. Orang Melayu juga dilantik menjawat jawatan tinggi dan orang Melayu banyak yang menulis sinis tentang pemerintahan Jepun , misalnya Ibrahim Chik menulis dalam Memoirnya, " saya benci pemerintahan Jepun dan juga British ". Ini mungkin dalam zaman Jepun diTemerloh makanan utama dari beras sudah bertukar kepada ubikayu dan pisang. Sayangnya setelah beliau berjuang sebagai orang atasan PKM dia tidak pula membandingkan kehidupannya dengan zaman Jepun itu. Dia mungkin orang atasan yang memperolehi berbagai keistimewaan dalam bergerila itu. Bila British datang mereka menjalankan langkah atau mengistiharkan darurat dan banyaklah orang Melayu dan Cina terkorban. Apa yang dapat saya tarik kesimpulan ialah " British telah berjaya menjadikan gelanggang darurat sebagai tempat orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bertempur dengan pengganas dengan menghasilkan data diatas berbanding dengan pendudukan Jepun pula adalah bersifat untuk menyedarkan orang Melayu supaya menentang penjajahan British walau ada kala tindak tanduk Jepun itu kejam saya percaya data kematian orang Melayu,Cina dan India adalah lebih kecil berbanding dengan Permainan darurat oleh British tersebut.Malahan akibat pendudukan Jepunlah yang menyedarkan orang Melayu dalam wawasan politik untuk mencapai kemerdekaan. Itupun hari ini orang Melayu masih ramai yang menyanjung British ". Inilah yang dikatakan " Sejarah Hidup Hingga Kehari ini " yang mana satu pendekatan baru yang pernah saya pelajari diUSA yang ingin saya ketengahkan dalam buku baru saya berjudul " Analisis Sejarah Pahang dari tahun 1889-1952- Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan laporan ".

Dr Aminudin