Thursday, September 23, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Nukilan Dari Bab Epigraph


Kapitel Pertama- Epigraph

Secara logik mungkin ramai diantara kita mengatakan cerita dalam Hikayat Seri Rama yang telah saya kaji tidak mengambarkan fakta-fakta sejarah dan ada kalanya tidak masuk akal.DiGerman ada istilah " Realisierung von Fiktionalem " iaitu melihat cerita-cerita hikayat sebagai realiti dan membawa kearah mengsejarahkan cerita-cerita hikayat dan juga cerita lisan. Malahan ada setengah ahli pemikir teori mengatakan cerita-cerita hikayat dan lisan lebih penting dari sejarah.Namun dikalangan kita masih kental dengan pegangan bahawa sejarah itu lebih penting dari cerita-cerita hikayat atau lisan tetapi pecayalah sejarah itu hanya warna-warna kepada cerita-cerita hikayat dan cerita lisan tersebut. Memanglah cerita-cerita hikayat dan lisan tidak dibuktikan dengan dokumen tetapi yang ada hanyalah kenyataan oleh sipenyampai. Sebuah pemerintahan misalnya memerlukan fakta susur galur keturunan bersekali dengan salasilah dan kronologinya dan ini pernah tercatat dalam SEJARAH MELAYU namun kita tidak pernah menanyakan adakah kemungkinan ianya hanya merupakan makenisme cerita-cerita lisan.

Sejarah lebih banyak berbicara tentang Raja-Raja dan Orang-Orang yang berkuasa dan jarang menceritakan tentang " Orang Kecil " misalnya penulis pelipur lara, petani, penulis salasilah dan lain-lain dan bila mereka cuba menceritakan fakta sejarah mereka seringkali dianggap penulis cerita lisan sahaja. Jadi perlulah ada usaha penyelesaiannya sungguhpun ianya agak kompleks. Saya cuba membuktikan pendekatan yang agak berbeza dengan yang dilakukan oleh para bijak pandai sejarah dalam membuktikan fenomena sejarah tentang susur galur saya dan orang-orang diKampung Relong.Ini adalah kajian yang dapat saya hasilkan dan didokumentasikan untuk tatapan semua sebagai anak Sungai batu yang terletak diKampung Relong diLembah Bama, Kuala Lipis sebagaimana saya janjikan dan kini saya telah mengotakannya.

Dr Aminudin

No comments: