Saya telahpun menghantar Manuskrip kepihak pencetak bagi buku saya yang akan diterbitkan pada tahun ini bertajuk "Memoir Seorang PTD Kumpulan 3 -Volume 2" dimana akan memuatkan "Legenda Tok Linggi ", legenda ini dibuat berdasarkan Teori Raut Wajah yang telah saya lakukan kajian ditahun 2011.Volume ke2 ini turut disertai ulang cetak Volume Pertama diatas banyak permintaan dari kawan-kawan saya dari kumpulan 3.
Sunday, March 9, 2014
Friday, December 13, 2013
Hukum Kanun Pahang-Siri 6
Sekarang ini saya sedang menganalisis Hukum Kanun Pahang dengan melihat istilah atau ungkapan yang digunakan .Walaupun pada peringkat awal lagi saya sudah mendapati ungkapan yang digunakan atau istilah yang dicoret oleh penulis kanun ini cukup indah dan kadang-kadang tidak ada dalam kamus Melayu Klasik pun seperti Kamus Bahasa MelayuKlasik olehYaakub Isa( 1997).Justeru saya membuat "Andaian Awal " teori bahawa "Hukum Kanun Pahang " adalah lebih "Advance"(mendahului) dari Hukum Kanun Melaka. Ini adalah sebahagian diantara istilah atau ungkapan yang saya temui , iaitu
1.Azab bilang tulang manusia
2.Akhal
3.Asyarnya
4.Bukut
5.Candan yang dijahit
6.Ditaazirkan
7.Lantunnya akan menteri
8.Jangan renyah kemudian
9.jika perempuan sekongsong tengah tahil
10.jika diluar amarat negeri seperti Lancang dan dihulu Sungai Lintang
11.jika abdi dipasak tangannya
12.kenderi
13.khiyar
14.digocoh
15.didaukh pohon telinganya
16.Hukum Fudzul
17.hukum ziadah
18.hukum angkara
19.menyindik-nyindik
20.menahun

Tuesday, December 10, 2013
Hukum Kanun Pahang -Siri 5
Perbandingan Hukum Kanun Pahang Versi Manuskrip Muzium Negeri Pahang(MMNP) Dengan Versi Manuskrip Winstedt dan Kempe (MWK).
Mari kita lihat perbandingan tentang hukuman yang dikenakan berdasarkan Versi Manuskrip Muzium Negeri Pahang (MMNP) dan Versi Manuskrip Winstedt dan Kempe tentang hukuman-hukuman bagi kesalahan-kesalahan berikut:-
1.Versi MMNP tentang hukuman larang memakai pakaian berwana kuning kalau bukan anugerah raja adalah hukum bunuh.Begitu juga memakai keris yang hulunya berumbai kalau bukan anugerah adalah hukum rampas.Versi MWK bagi mereka memakai yang bukan raja akan dirampas.
2.Hukum mereka yang membunuh orang diluar pengetahuan raja atau pembesar dalam Versi MMNP adalah sekali lima dan hukum membunuh madu hukumnya dibunuh.Versi MWK hukum membunuh adalah dibunuh kalau pembunuh itu telah baligh.
3.Hukum orang mengamuk menurut versi MMNP adalah bagi mereka yang dapat ditangkap ialah sepuluh tahil sepeha tapi kalau Bendaharadan Bendahari yang mengamuk tidak dikenakan denda apa-apa.Bagi versi MWK hukum orang mengamuk tidak dijelaskan.
4.Hukum menetak dan menampar orang mengikut versi MMNP adalah jika abdi yang menetak dihukum masuk ulur dan orang yang merdeheka menampar abdi didenda dengan setengah harga tetapi kalau medeheka menampar abdi tanpa salah kena bayar lima emas.Menurut versi MWK dinyatakan kalau menampar orang dan ditikam orang menampar itu, mati sajalah dia.
Bersambung

Tuesday, November 19, 2013
Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis
Siri 4
Ikhtisar Kandungan Hukum Kanun Pahang Versi Muzium Negeri Pahang
Hukum Kanun Pahang mempunyai beberapa bahagian yang dimulai oleh Bab Pengenalan yang mengariskan fungsi-fungsi raja dan hukuman-hukuman.Fasal 1 adalah mengenai adat dan majlis raja,adat dan kurnia.Rakyat tidak dibenarkan memakai warna kuning.Kalau memakai keris yang berhulu berumbai hendaklah dari anugerah raja.Fasal 2 pula tentang bahasa raja yang digunakan iaitu titah,patik,murka,kurnia dan anugerah.Bahasa ini hanya digunakan oleh raja-raja.Fasal 3 adalah tentang kematian raja.Fasal 4 tentang dusun dan peraturan anak sungai.Fasal 5 tentang perbuatan membunuh orang, Fasal 6 mengenai hal ehwal perbuatan mengamuk.Fasal 7 adalah tentang membunuh hamba abdi, Fasal 8 tentang hukuman menetak orang.Fasal 9 tentang kebolehan membunuh orang.Fasal 10 hukuman berkaitan biduanda, Fasal 11 adalah tentang perbuatan mencuri, fasal 12 tentang penawaran terhadap anak-bini orang.Fasal 13 tentang perbuatan lari.Fasal 14 tentang menyangkal dan pertuduhan.Fasal 15 tentang hal perbuatan memanjat dan menebang kayu.Fasal 16 adalah tentang hukuman fudzul dan fitnah, Fasal 17 hal berkaitan dengan upah mengupah orang.Fasal 18 tentang perbuatan angkara, Fasal 19 tentang hukuman berkaitan buah-buahan dan Fasal 20 tentang tanah perhumaan. Bersambung.

Monday, November 18, 2013
Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingan Dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah
Hukum Kanun Pahang yang saya beli dengan Muzium Negeri Pahang diterbitkan tahun 2003 berharga RM 289 sebuah telah diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Naskhah ini mempunyai versi yang diberi nama Manuskrip Muzium Negeri Pahang yang diperolehi oleh Pengarah Muzium Negeri Pahang dari seorang peniaga barang antik dari Patani,Thailand.Manuskrip ini mempunyai mukasurat yang telah mengalami kerosakan pada teksnya.Ukuran teksnya ialah 17sm x 22sm.Manuskrip ini dikatakan berada diPahang semasa pemerintah Sultan Pahang ke12 iaitu Sultan Abdul Ghafur Mohayiddin Shah (1592-1614 Masehi).Manuskrip ini disalin oleh seorang penulis yang bernama Fakir yang tinggal diPulau Raya. Apa yang menjadi kemuskilan bagi penyelenggara, Yaakub Isa ialah dimanakah Pulau Raya itu. Setelah membuat semakan dipeta dan carian diGoogle ,saya dapati Pulau Raya terletak didekat Kuala Krau, Temerloh dan saya berpendapat kanun ini disalin oleh orang Temerloh bernama Fakir, lagipun Temerloh memang terkenal dengan sekolah-sekolah pondok masa dahulu.Dalam buku Hukum Kanun Pahang ini juga dimuatkan versi Winstedt dan Kempe yang diperolehi dari Perpustakaan Royal Asiatic London yang dimiliki oleh William Maxwell. Kedua versi ini akan saya lihat perbandingannya dalam tulisan akan datang. Berikutsaya paparkan kedudukan Kampung Pulau Raya, Temerloh.
Wednesday, November 13, 2013
Koleksi Hukum Kanun Lama
Kini saya telah memiliki ketiga koleksi hukum kanun lama iaitu Hukum Kanun Pahang (dibeli dengan harga RM 289 sebuah),Undang-Undang Kedah (dibeli dengan harga RM 23 sebuah) dan Hukum Kanun Melaka (dibeli dengan harga RM152.20 sebuah) dengan adanya ketiga-tiga buah buku ini membolehkan saya menulis buku yang bertajuk "Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingannya dengan Undang-Undang Kedah dan Hukum Kanan Melaka ".
Friday, November 1, 2013
Buku saya "Pahang Beachcombing" siap untuk dilancarkan
Kandungan buku
1.Skop kajian
2.Geografi Pahang
3.Geologi Pahang
4.Iklim Malaysia dan Pahang
5.Geomorfologi Pinggir Pantai
6.Marin dan sumbangannya
7.Hutan dan kawasan sekitar pantai
8.Flora dan Fauna Pinggir Pantai
9.Pasir,Batu,Kerang dan Karangan Pantai
10.Puja Pantai Dalam Kenangan
11.Bumi ciptaan Allah
12.Kajian Lapangan dari Pantai Cendur kePantai Rompin
13.Epitome
Sisipan: Peranan Masjid Pesisir Pantai
Peta-Peta lama Pahang
Harga dicadangkan RM75.00 berkulit keras dan mempunyai melebihi 100 foto warna-warni dan bagi ahli blog Sungaibatderelong dicadangkan Rm 55.00 sebuah.Insyallah dilancarkan diKorea.

Subscribe to:
Posts (Atom)