Setelah meneliti Hukum Kanun Pahang yang saya beli diMuzium Pahang itu saya akan mengkaji aspek penerapan idea-idea Imam Shafi'i yang merupakan mazhab pegangan kita diMalaysia.Disamping itu juga saya akan membuat perbandingan dengan Undang-Undang Kedah yang ditulis pada 1650,Masehi .Buku Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Mariyam Salim ,diterbitkan oleh DBP hanya dijual pada harga RM23 berbanding dengan Hukum Kanun Pahang dijual pada harga RM298.Natijahnya buku mana yang dapat kita manafatkan untuk memperolehi ilmu, anda sahaja yang dapat menjawabnya sebab wang bagi pembeliannya dari poket anda. Bagi saya akan saya buatkan ikhtisar dan perbandingan bagi kedua buku tersebut dengan ilmu-limu Imam Shafi'i yang ditinggalkan kepada kita semua untuk diterapkan. Insyallah apabila kajian saya sudah akan saya terbitkan dan bagi yang ingin membelinya mampu berbuat demikian dengan harga yang tidaklah mencecah ratusan ringgit.
Thursday, October 24, 2013
Wednesday, October 16, 2013
Kajian Hukum Kanun Pahang
Saya membeli senaskhah buku Hukum Kanun Pahang berharga RM298 yang diterbitkan oleh Muzium Negeri Pahang. Buku tersebut diselenggara oleh Yaakub Isa pada tahun 2003.Dalam buku itu terdapat 2 versi Hukum Kanun Pahang iaitu Versi yang mereka namakan Manuskrip Muzium Negeri Pahang dan Versi Winstedt dan Kempe.Bagi versi Muzium Negeri Pahang ditulis oleh Fakir dari Pulau Raya.Menjadi kemuskilan bagi Yaakub Isa dimana letak Pulau Raya. Dengan teknologi yang canggih sekarang Pulau Raya terletak dekat Kuala Krau, Temerloh. Maka saya berpendapat tiada orang lain menyalin versi ini kalau tidak orang Pahang.Syabas orang Pahang yang memang bijak mengarang sepertimana telah saya buat kajian tentang Hikayat Seri Raya Sebagai Naskhah Terawal diNusantara Dikarang oleh Orang Kuala Lipis.
Sunday, October 6, 2013
Bersama sepupuku menulis buku untuk pelajar
Sebagai bekas guru jiwa saya masih sayangkan pelajar, kini saya dan Cikgu Anderil menulis buku untuk pelajar SPM
Thursday, October 3, 2013
Idea Baru-Kajian Penghayatan Ilmu Imam Shafi'i
Sempena Pameran Buku-buku Islam diKuantan saya banyak juga membeli buku kegemaran saya terutama yang berbentuk memoir dan biografi.Sepanjang penelitian saya terhadap buku-buku ugama dipamiran itu hanya sebilangan kecil buku karangan Imam Mazhab kita iaitu Imam Shafi'i yang terdapat dan dua buku yang saya beli iaitu Unggulnya Seorang Alim Quraish oleh Dr Haji Mat SaadAbdul Rahman dan Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuti.Kedua buku ini menarik minat dan tanda tanya kepada diri saya sendiri kenapa buku-buku ,Imam Shafi'i tidak banyak diterbitkan sedangkan beliaulah Imam kita.Selain dari itu Sejarah Mazhab Shafi'i keMalaysia memanglah tidak diperolehi dipameran ini.Sebagai seorang penulis dari Pahang sudah pasti ini adalah tajuk menarik untuk dikaji lagipun saya sendiridalam buku-buku saya yangpernah ditulis mengatakan Islam mulai sampai keNusantara ini adalah kenegeri Pahang.Jadi saya juga mengesa cerdik pandai menulis tentang Imam Shafi'i untuk bacaan pelajar kita kerana dalam sukatan pelajaran SPM bagi Pendidikan Islam hanya sekelumit data tentang beliau.Bagitu jugalah bagi kita pengikut Imam Shafi'i tentulah lebih mengenali beliau dari tokoh Islam yang lain pada segi teorinya tapi saya rasa kalau ditanyakan kepada anda apakah kitab yang beliau tulis tentu sekali anda berasa tidakselesauntuk menjawabnya kerana dalam minda anda belum disediakan lagi data seperti al-Risalah,al-Umm,al-Musnad,Ahkam al-Quran,Al-Diwan dan banyak lagi.
Sunday, August 25, 2013
Kuari Gua Bama
Sempena Hari Raya Puasa 1434 H bersamaan 2013, keluarga Haji Husin-Wan Tekah telah berkumpul dikawasan rumah Abang Hamid dan Abang Din yang merupakan tapak kongsi dan tapak mesin kisar batu kuari Gua Bama.Disinilah juga kami orang SungaibatudeRelong berkenalan dengan Abang Gani dan Abang Ngah dari Terengganu. Semasa itu saya masih lagi bersekolah diSekolah Rendah Relong dan begitu jugalah beberapa budak Relong yang lain seperti sepupu saya Manan Md Dahan. Sempena bulan Syawal tahun ini juga saya berkesempatan menziahi rumah Manan diKuala Terengganu yang hampir kira-kira 20 tahun lebih tidak saya kunjungi dan selepas itu saya meminta Manan membawa saya menemui Abang Gani dikampung Pulau Manis, Terengganu. Saya telah menemui beliau yang masih sihat lagi dan turut mengimbau kenangan beliau semasa mendiami kampung Relong dan berkerja dikuari Gua Bama.Semoga dengan pertemuan kami itu akan terus berkekalan dan yang pasti Terengganu jauh lebih membangun dari Pahang sekarang ini.
Sunday, July 28, 2013
Koleksi Penulisan dan Menerbitkan Sendiri
Saya telah memulakan koleksi penulisan dan penerbitan sendiri sejak 2003, dimana buku kecil saya yang pertama ialah Kamus Pengurusan Pengetahuan (ICT), 2003 semasa saya berkerja diPutrajaya. Kemudian buku saya yang kedua ialah Menyingkap Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal diAsia Tenggara ,2009.Ini diikuti oleh buku saya yang ketiga iaitu Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua Di Nusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang pada tahun 2011.Buku Compilasi Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga pula saya terbitkan tahun 2011 dengan diikuti oleh buku Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembanguan Pahang 1889-1952 telah saya terbitkan tahun 2012 bersama buku Biografi Mejar (B) Abdillah bin dan Uda, 2012 dan buku Bagaimana Menulis Memoir Dari Segi Teori dan Praktik ,2012.Semua buku-buku yang saya tulis dan terbitkan ini tidak melebihi dari 200 naskhah.
Tradisi menyimpan buku penulis secara peribadi telah lama dibuat oleh penulis-penulis barat, namun gelombangnya baru sampai keMalaysia pada tahun 2013. Sedangkan saya telah mengesan keperluan ini sejak 2003, jadi bayangkan betapa sesuatu idea yang baik hanya akan datang keMalaysia 10 tahun kemudian. Dimanakah salahnya ? Kalau nak kira ramai cerdik pandai Malaysia yang bertaraf profesor dan belajar diluar negara tidak dapat menyampaikan idea sebegini keMalaysia. Mereka ini yang mengajar diinstitusi pengajian tinggi bila balik keMalaysia hanya bergelut dengan kerjaya mereka dan tidak dapat menyumbangkan idea sebegini baik tidak disampaikan kepada masyarakat. Berita harian pada 29 Julai 2013 (Isnin) menyiarkan pendapat Sasterawan Negara tentang usaha kita mengumpul buku Nadir tapi tidak guna juga kalau tiada penulisnya. Cuba anda tanya dalam keluarga anda berapa orang yang berminat menulis. Bagi yang berminat menulis pula berapa buku yang telah diterbitkan.Manakala para penerbit pula mempunyai kreteria pula iaitu buku siapa yang akan mereka terbitkan. Jadi sebagai jalan keluar kita terbitkan buku kita sendiri dan jangan kira siapa pembelinya, namun demikian siapakah yang sanggup.Jawapannya hanya mereka yang berjiwa kental sebagai penulis saja yang berani, adakah anda dikalangan yang berani ?.

Sunday, July 7, 2013
Nostalgia Ramadan
Menjelang Ramadan hatiku terusik lagi
sebuah kenangan
Pada Surau Sungaibatu.
Disurau itu segalanya dibulan Ramadan
tempat kami berbuka, tarawih, beratib dan bermalam.
Disurau itulah kami diketuai oleh We Muhammad
menyuruh kami berbuka dengan tertib,
menyuruh kami sembayang dengan khusuk,
dan beratib bersama gulungan tua bagai nak bergoyang surau itu.
Kami berbuka penganan talam, air serebat, naik berulam, bubur keledek, bubur kacang dan macam-macam lagi.Setelah berbuka kami bersembayang Maghrib ,Ishak dan Tarawih dan beratib.Lepas itu makan lagi kuih-kuih yang ada hingga kekenyangan. Kalau malas balik kami tidur disurau setelah Abang Mat atau Abang Isa bercerita tentang kisah binatang atau pahlawan.
Semua itu tiada lagi .We Muhammad pun sudah tiada dan begitu juga Abang Isa
yang tinggal kami bebudak dulu dan kita telah dimamah usia dan begitu juga Surau Sungai Batu pun sudah tiada.Begitu juga keketuk, kolah dan buku-buku lama pun tiada.
Tinggalah kami dengan kenangan yang masih mengusik jiwa dan generasi baru Sungai Batu yang tidak tahu dimana surau lama kami dahulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)