Pengenalan
Dalam buku saya berjudul " Memoir Seorang PTD Kumpulan 3" Volume Pertama telah saya muatkan banyak juga dialek tersebut.Dalam bahagian kedua ini akan saya nyatakan dialek mana yang telah dicatatkan dalam buku yang pertama tersebut.Maka bagi Volume Kedua ini saya huraikan dialek yang belum saya perkatakan.Tulisan ini merupakan kenangan saya semasa bebudak selain untuk mendokumentasikan dialek kami yang pihak DBP kurang berminat untuk membuat kajian sedangkan kebanyakan negeri diMalaysia ini telah dibuat kajian, nampaknya Pahang begitu ketinggalan dari segi kajian bahasa walaupun pemimpin nombor wahidnya pernah lahir diKuala Lipis.
A
Ampuh- telah dihuraikan dalam volume pertama.
Agas -telah dihuraikan dalam volume pertama.
Abu- bahan tinggalan bila dibakar, misalnya abu kayu.Dizaman kami abu ini banyak terdapat didapur masak orang kampung, maklumlah masa itu mana ada gas lagi, jadi kami memasak pakai kayu api yang cari dalam hutan atau kebun getah.Apa yang melucukan ialah abu ini berguna pula bagi "mematikan" lintah yang masuk dalam jubur bebudak masa itu. Abu ini dibancuh dengan air dan diberi minum pada bebudak yang lintah masuk dalam juburnya.Seingat saya teknik ini berkesan untuk mengelurkan lintah tersebut. Contoh penggunaan ayat : abu dari kayu yang kami bakar ini kami gunakan pula untuk menjadi baja pokok pisang yang kami tanam.
Abuk-benda-benda halus yang memasuki mata atau mengotorkan.Semasa kami kecil habuk kayu atau abuk dari kilang padi dekat rumah Tok Empat memang menjadi kenangan.Saya masih ingat Pakambong Derani adalah penjaga mesin padi dan abuk atau sekam padi selalu saya ambil untuk membungkus air batu.Masa kami dahulu air batu dibeli dari Kuala Lipis dan dibeli dari kedai AkiSubuh.Begitu juga bila kilang pemecah batu diSungai batu beroperasi dahulu ,abuk dari mesin pemamah batu itu sering mengotori rumah kami yang dekat dengan rumah kami.Contoh penggunaan ayat: Abuk kayu yang digergaji boleh digunakan untuk membungkus airbatu dari cepat cair.
Bersambung
Thursday, August 2, 2012
Dialek SgbatudeRelong Bertaraf Dunia Siri 7
Saya tidak lagi menulis diwadah SembangdeRelong, maka saya tuliskan penemuan dialek kami masa bebudak dahulu dalam blog saya ini.Kini saya mendapati kami bebudak Sungaibatu dahulu turut menggunakan Bahasa Itali dalam perbualan kami. Diantara dialek tersebut adalah seperti berikut:-
1.Lampu-lampu dimasa kami bebudak dahulu adalah lampu picik yang menggunakan bateri samaada dua biji atau tiga biji.Biasanya lampu tersebut dibuat dari tin yang bercap Harimau ,manakala bateri pula ialah bateri everdayyang bercakap gambar kucing.Lampu inilah kami gunakan berjalan malam untuk pergi rumah orang khenduri dan juga kerumah orang membuat emping.Rumah kami dan juga rumah Cik Pah (Emak Abang Dollah Sidek) selalu membuat emping yang ditumbuk dengan lesung menggunakan alu atau indek. Dalam bahasa Itali "lampo" bermakna pancaran cahaya yang sudah pasti dari lampu suluh atau lampu dari rumah api.Maklumlah Itali terkenal dengan banyak pantai dan ada kawasan didirikan rumah api.
2.Lido- semasa kami bebudak bila disebut Lido adalah merujuk kepada pantai Lido.Manakala dalam Bahasa Itali "Lido" merujuk kepada pantai.Jadi nama pantai Lido itu sebenarnya Pantai jadi kalau kita sebut Pantai Lido bermakna Pantai-Pantai dalam bahasa Ilati.Oleh itu ramai orang kita pergi kepantai lido kerana banyak atau luasnya pantai.Jadi kenalah orang Malaysia menamakan sedemikian sebab negara kitapun banyak pantai macam Itali.Semasa saya diMilan dahulu tidak pula saya berjumpa pantai tapi yang banyaknya bangunan lama yang begitu menawan hati saya.
3.Lutu-lutu bermakna melanggar atau menuju kesatu tempat sesuka hati. Lutu juga kadang-kala bermakna meyenkeh kepala bebudak, kami masa dahulu suka bermain berlari-lari dan kadang-kadang melanggar kawan-kawan dalam permainan polis senteri.Dalam Bahasa Itali "Luttu " bermakna meluru masuk kedalam dan ianya sama jugalah macam kisah babi tunggal yang baru ini melutu kedalam kedai Hamed Bros dalam bandar Kuantan.Inilah kisah yang jarang kita dengar babi hutan masuk bandar, dikampung Relong masa kami bebudak memang banyak.Babi Tunggal pun ada.

Tuesday, July 31, 2012
Puisi Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Rasululah SAW
Dialah kekasih Allah yang akan memberi syafaat kepada manusia dihari pembalasan nanti.
Baginda mengajar umat manusia kejalan Allah supaya berpegang teguh pada tali Allah.
Baginda mempunyai darjat tertinggi dikalangan nabi dan rasul.
Ilmu dari baginda dinikmati juga oleh nabi dan rasul lain.
Keperibadian Muhammad adalah sempurna dan baginda adalah pilihan Allah.
Kebaikan Muhammad tiada tandingannya.
Justeru pujilah baginda dan janganlah ikut cara ugama lain.
Gunakan kemapuan kamu untuk memuji Muhammad.
Segala jasa baginda tidak ada orang didunia ini dapat mengarangkannya.

Saturday, July 28, 2012
Puisi Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Rasulullah SAW
Personaliti Pertama berkata, aku memang tidak mencontohi Nabi Muhammad SAW yang beribadat diwaktu malam hari hinggakan kak--kaki banginda bengkak.
Baginda menekap batu diperutnya dengan mengikatnya bebatu diperutnya agar dapat menahan rasa lapar.
Lapar baginda bukan kerana baginda tidak mampu mencari makanan tetapi tidak mahu tergoda dengan keduniaan.
Kezuhudan beginda begitu ketara bila ditawarkan gunung emas ,beliau menolak dan inilah kesederhanaan baginda.
Bagaimana kah keperluaan dunia sedangkan baginda adalah manusia?
Inilah Nabi Muhammad SAW, pemimpin dunia dan juga akhirat, pemimpin manusia dan jin dan juga pemimpin bangsa Arab dan bukan bangsa Arab.
Nabi Muhammad SAW ,nabi kita.Baginda tegas dengan prinsipnya terutama mengatakan Ya atau Tidak dan amat lemah-lembut tindakannya pula.
Bersambung.

Tuesday, July 17, 2012
Pelancaran Buku Pada 17.7.2012
Pelancaran buku saya "Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa dan Pembangunan Pahang Tahun 1889-1952" telah selamat disempurnakan oleh YB Dato Shahaniza pada hari ini 17.7.2012 diArkib Negara Pahang dari jam 9.00 pagi hingga 12.00tengahari.
Thursday, July 5, 2012
Dialek SgbatudeRelong Bertaraf Antarabangsa-Siri 1
Sebagaimana telah saya muatkan dalam buku saya "Memoir Seorang PTD" yang telah diterbitkan tahun 2011, saya telah menyenaraikan dialek kami bebudak Sgbatu dalam buku tersebut tapi tidaklah saya perincikan bahawa dialek itu bertaraf Antarabangsa, kini saya akan menulisnya untuk tatapan generasi muda bagi pengetahuan dan ingatan mereka :-
1.Deme- adalah merujuk kepada orang lain bagi kami diSgbatu dan ini adalah bahasa Greek yang bermakna orang.
2.Kome-bermakna kami atau sekumpulan orang bagi kami diSgbatu, manakala ianya juga adalah bahasa Greek yang merujuk kepada emosi sekumpulan orang.
3.Leceh- bermakna menyusahkan bagi kami diSgbatu dan ianya pula adalah bahasa German yang bermakna kesukaran dalam menyampaikan lirik lagu.
Siri kedua akan saya huraikan pula dialek sgbatu dengan bahasa Jepun.Dengan penampilan dialek kami orang Sgbatu ini sebenarnya mengesahkan bahawa Teori Lembah bama sebagai pusat tamadun silam susah hendak disangkal lagi.
Jumpa lagi.

Sunday, May 27, 2012
Koleksi Buku-Buku
Dalam FB saya telah memaparkan koleksi buku-buku biografi dan memoir, kemudian diikuti oleh koleksi ketenteraan dan peperangan.Kini sampailah kebahagian Koleksi Manuskrip lama atau buku-buku lama yang saya ada.Tujuan paparan koleksi manuskrip atau buku lama ini adalah untuk menarik minat saudara-saudara sekelian supaya menghargai buku yang banyak memuatkan ilmu pengetahuan, nasihat dan juga pandangan dari penulisnya.Bagi yang mempunyai koleksi sedemikian bolehlah kita bertukar maklumat dan pandangan mengenai buku yang mereka ada.Kita tidak boleh mengharapkan pihak perpustakaan atau arkib saja mengumpul buku sedemikian kerana kita sebagai masyarakat pun patut memberikan sumbangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)