Saturday, April 7, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 3

Guru atau penulis yang terkenal Haiku yang boleh kita kaji dalam kesusasteraan Jepun adalah seperti Yosa Buson (1716-1784,Masehi).Tulisan beliau banyak diungkapan dalam catatan perjalanan beliau  dan juga lukisan-lukisan beliau.Diantara ungkapan yang beliau pernah tulisi adalah sedemikian bunyinya :-

yukaze ya  bayu petang menghembus...
mizu aosagi no  air menitis diriba juga kaki
hagi o utsu juga siburung pucung

Penyair seperti Buson dikenang diJepun lantaran puisi-puisi Haiku dan lukisan-lukisan beliau. Sedang penyair Kobayashi Issa (1762-1826, Mashi ) pula memperihatkan kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dalam karya-karyanya. Diantara ungkapan-ungkapan yang menunjukkan beliau begitu empathy terhadap alam beliau menulis seperti dibawah ini :-

aki no yo ya malam musim autumn
tabi no otoko no  seorang pengembara
harishigoto kerjanya menjahit

onna kara  seorang wanita
saki e kasumo zo menuju kedalam kabus
shiohigata   air pasang rendah

suzushisa ya  kesejukkan sungguh...
hangetsu ugoku  bulan separuh penuh beredar
tamari mizu  takungan

Kami pengkaji kesusasteraan jepun mengingati Issa bila beliau menghasilkan autobiografi beliau berjudul  Ora Ga Haru yang begitu memperlihatkan betapa sensitifnya beliau terhadap alam dan keindahan puisi Haiku yang beliau tinggalkan dalam kesusasteraan Jepun amnya dan dunia penulisan Haiku khasnya.  Bersambung

Thursday, March 22, 2012

Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 2

Saigyo menulis puisi agak ironic kerana beliau seorang sami yang hidupnya tanpa ikatan, malahan tidak ramai kawan dan dengan mudah pula melupakan dunia ini untuk menjadikan "jiwa gembira".Jadi pengkaji puisi Haiku mendapati tulisannya banyak berunsurkan jenaka namun beliau masih tidak dapat bebas dari pengaruh puisi dari Cina terutama karya-karya seperti Li Po. Ini berbeza dengan karya hasil tulisan Basho yang bersifat kesederhanaan yang merupakan puisi terbaik Haiku diJepun. Beliau banyak menulis tentang alam fauna yang dikaitkan dengan katak (frog), beliau ada menulis sedemikan bunyinya :-

fukuike ya  kolam lama
kawazu tobikomu  seekor katak melompat kedalam
mizu no oto bunyi air

Dalam puisi-puisi Basho banyak beliau mengungkap hal berkaitan dengan katak. Ini tidak dapat dinafikan dalam puisi-puisi Jepun kerana katak sering dikaitkan dengan unsur-unsur nyanyian. Hingga kini lagu-lagu Jepun banyak rekod-rekod yang telah dirakamkan banyak terdapat versi speices katak dibandingan nyanyian Sang Burung. Kadang kala ada juga saya menyatakan pada ibu angkatkan betapa merdunya bunyi burung merebuk dan terkukur diMalaysia hinggakan kami mengadakan pertandingan suara merebuk dan terkukur sambil para pengadil terdongak-dongak memandang dan mendengar merbuk berkukur.Puisi-puisi Basho lebih popular dengan bunyi katak namun ia sering menonjolkan juga betapa indahnya bukit terutama kalau beliau berada dipuncaknya, hinggakan Haikunya turut diungkap oleh beliau tentang bukit yang demikian bunyinya :-

shizukasa ya  kesunyian sungguh
iwa ni shimiru meresap kedalam batu-batu
semi no koe   riang-riang pula menanggis

Basho adalah Mahaguru puisi genre "Renga " yang dipanggil Haikai-no-Renga. Haiku yang ditulis oleh Basho dikenali juga Hokku yang dizaman beliau kadang-kala digelar pula Haibun yang boleh kita terjemahkan sebagai Prosa Haiku. Beliaulah menghasilkan genre ini yang paling popular iaiitu Oku no hosomichi yang secara lansung saya terjemahkan sebagai "Jalan-jalan Nan Sempit di Perdalaman.

Bersambung

Wednesday, March 21, 2012

Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 1

Saya ada mengarang Haiku dalam blog ini.Saya belajar Haiku dari ibu angkat saya semasa saya menjalani latihan pratikal semasa penempatan saya dibawah Program Pandang KeTimur.Ramai mereka yang ditaja oleh JPA telah kembali ketanah air tapi agak jarang mereka mencurahkan balik apa yang mereka perolehi kepada masyarakat terutama aspek seni dan kebudayaan. Sebagai seorang anak seni saya rasa bertanggung-jawab untuk mencurahkan ilmu yang saya perolehi kepada masyarakat dan juga mereka yang berminat dalam seni. Banyak ahli seni hari ini saya lihat lebih suka mengadakan pameran solonya dan menulis mengharapkan hadiah-hadiah seni tapi tidak mencurahkan ilmu yang mereka ada pada masyarakat. Inikah sifatnya sebagai seorang Seniman ?

Haiku diJepun bermula dizaman yang dikatakan "Renga" yang mana Mahaguru "Renga" ialah Matsuo Basho yang hidup dari 1644-1694 ,Masehi yang mengembara keseluruh Jepun untuk mengajar orang Jepun ,"Renga" dan hinggalah "Renga" menjadi milik rakyat terutama dalam kelompok gulungan pertengahan.Namun penulis seperti Basho sendiri dipengaruhi oleh puisi dari Cina yang ketika itu dizaman Dinasti Tang terutama penulis seperti Tu Fu,Li Po dan Po Chu-i. Puisi Haiku memperlihatkan keindahan dan kesederhanaan dalam kehidupan mere yang dibayangi oleh puisi dikarang oleh Saigo seperti berikut :-

to hito mo       walau para pelawat
omoitaetaru     mulai berhenti berfikir panjang
yamazatono     pergunungan dikampung
sabishisa         kesunyian tanpa siapa
sumiukaramashi  kehidupan yang mungkin tidak selesa

Bersambung

Saturday, March 3, 2012

Status Penulisan Saya

Saya agak lama juga tidak menulis dalam blog ini kerana sedang menyiapkan buku-buku saya yang terbaharu untuk diterbitkan. Ini adalah status buku-buku saya yang akan diterbitkan tahun ini iaitu:-

1.Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan Pahang Dari Tahun 1889-1952- Status ,Dummy telah dibaiki dan akan dicetak. Harga jualan RM 48 sebuah. Sinopsis buku ini memuatkan finding yang cukup menarik iaitu 1.Pertubuhan NGO yang Pertama DiTanah Melayu  melaungkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan adalah yang pertama ditubuhkan diKuala Lipis bukannya diPerak atau Selangor seperti ditulis oleh ahli sejarah terdahulu.2.Kekejaman British adalah lebih teruk dari Kekejaman Jepun berdasarkan zaman Hugh Clifford hingga Darurat, fakta berdasarakan sejarah dan statistik kematian orang Melayu, Cina dan India dan zaman darurat. 3.Kos membina Balai Polis ,Kuala Medang,Lipis hanya 25 sen dan ini adalah penindasan British terhadap orang Kuala Medang 4.Konsesi Perlombangan yang terbesar didunia masa penjajahan British ialah Konsesi Jelai juga diLipis 5.Kenapa tidak ada konflik kaum diPahang? sila baca buku saya tersebut bila diterbitkan.

2.Sumbangan Orang lembah Bama Terhadap Kebudayaan,Keselamatan dan Pembangunan Pahang :Biografi Mejar(B) Abdillah- status sedang disedikan Dummy oleh pencetak

3. Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik -status sedang menaip Manuskrip, walaubagaimanapun semua "kuliah" saya boleh diikuti dalam Facebook Group Koleksi Biografi dan ini boleh anda akses secara terus kerana group ini adalah terbuka kepada semua. Saya menyampaikan apa yang saya pelajari dan menyampaikan kepada mereka yang berminat untuk menulis memoir sendiri atau memoir orang lain.

Penerbitan Buku-Buku Akan datang

1.Saya bercadang akan menyambung buku saya "Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga " bagi Volume kedua pula yang akan memuatkan memoir saya semasa alam persekolahan dan kehidupan diKampung Relong.
2.Saya akan menerbitkan " Teori Raut Wajah dari Persepektif Islam :Satu Penerokan bagi Kajian Susur-galur Datok Linggi atau Sultan Ahmad Shah I Riayat Shah, Sultan Negeri Johor-Riau-Lingga" buku ini merupakan Bahagian Kedua Kajian Lembah Bama. Saya akan membentangkan manuskrip kajian ini diIndonesia tidak lama lagi dikalangan ahli Persatuan Profesional Indonesia. Manuskrip ini telah lama disiapkan.
3. Menyiapkan Kamus Ketenteraan, Stategi dan Peperangan- bidang ini adalah bidang kerjaya saya dahulu dan akan saya catatkan segala istilah yang berkaitan dengannya.
4. Pendudukan Jepun DiPahang : Satu Dimensi Baru- buku ini akan saya teruskan walaupun banyak data yang belum saya perolehi misalnya hendak mencari tokoh yang hidup dizaman Jepun, Gabenor Jepun yang memerintah Pahang , perkerja jalan keretapi maut diburma dan lain-lain.
5. Flora Yang Hidup DiPantai Negeri Pahang Dari Pantai Chendor,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemok,Rompin: Satu Gambaran Awal.

Bagi mereka yang berminat dengan buku-buku saya bolehlah diemail kepada : aminrelong@yahoo.com.my

Dr Aminudin

Thursday, February 9, 2012

Trilogy Haji Siri 7-Perjalanan Haji Ibn Battuta (2)

Dikota Bejala ,saya mengalami demam dan al-Zubaidi menasihatkan saya tinggal disitu tetapi saya menolaknya dan berkata terserahlah pada takdir Allah.Beliau bersetuju dengan saya dan kami meneruskan perjalanan hingga keConstantine dan bila sampai disitu kami berhenti diluarnya.Pada sebelah malamnya hujan lebat dan kami terpaksa berlindung pada sebuah bangunan disitu.Pada sebelah paginya Gabenor disitu yang bernama Abu al-Hasan datang membantu kami.Melihat pakaian saya basah dan kotor mereka menghantar untuk dicuci dirumahnya dan memberikan kami pakaian dari kain Baalbek. Dari Constantine kami berjalan menuju keAnnaba dan memasuki kota itu, beberapa hari kemudian setelah tiada bahaya diperjalanan tetapi saya mula mengalami demam semula dan akhirnya kami sampai dibandar Tunis dan saya kelihatan orang ramai menyambut Sheikh Zubaidi tetapi tidaklah menyapa saya kerana mereka tidak mengenali saya.Namun ada dikalangan mereka yang mengenali saya dan mulai menyapa saya dengan baik.Kami akhirnya dapat penginapan disebuah kolej.

Bila saya melawati rumah api Pharos, saya dapati sebahagiannya telah runtuh dan terdapat sebuah pintu dan didalamnya terdapat banyak bilik.Saya sekali lagi melawat rumah api ini pada tahun 1349 tetapi sudah banyak pula bahagian lain yang runtuh.Semasa saya diAlexandria ini saya mendengar nama seorang yang bernama al-Mursidi yang hidup sendirian dan dikatakan mendapat makanan dari langit.Saya juga diberitahu beliau tinggal dikampung bernama Munyat Bani Murshid.Orang dari merata tempat datang mengunjunginya.Saya pun ingin bertemu dengannya dan saya sampai ketempat tinggalnya itu orang telah ramai dan dikawal oleh tentera Sultan.Bila saya datang, beliau berjumpa dengan saya dan bila kami bertemu, beliau menjemput saya menjadi imam sembahyang dan saya diminta tinggal disitu.

Foto adalah Mekah dilanda banjir tahun 1950an, sumber www.salaam.co.uk/templates/images/kaba2.gif

Thursday, January 19, 2012

Trilogy Haji Siri 6-Perjalanan Haji Ibn Battuta Dari Moroko

Saya meninggalkan kota Tangier, kota kelahiranku pada minggu kedua bulan Rejab.Saya berniat menunaikan haji diMekah dan ingin menziarah makam Nabi Muhammad SAW diMedinah.Saya juga membuat keputusan untuk pergi seorang diri tanpa teman.Saya berpergian ini ibarat burung terbang meninggalkan sarangnya.Ibu-bapa saya ketika itu masih hidup dan berat juga hati saya untuk meninggalkan mereka dan mereka juga berat untuk melepaskan saya berpergian seorang diri kerana saya pada ketika itu baru berusia 22 tahun.

Saya sampai diTlemcen yang pada ketika itu Sultannya bernama Ibn Zayyan dan secara kebetulan kesampaian saya itu adalah juga perwakilan yang datang kebandar itu iaitu rombongan raja dari Ifriqiya. Bersama rombongan itu terdapat seorang anak muda yang bernama Muhammad al-Nafzawi yang juga merupakan seorang hakim dan seorang lagi bernama Syeikh al-Zubaidi yang merupakan seorang ilmuan yang terkenal ketika itu. Lantaran itu saya bercadang mengikut rombongan mereka ini.Saya hanya dapat mengikuti mereka ini bila sampai dibandar Miliana yang ketika itu cuaca cukup panas. Kedua tokoh yang saya ikuti rombongan ini telah jatuh sakit dan lebih tenat ialah Muhammad al-Nafzawi dan akibat dari itu kami mencari perkhemahan ditepi sungai yang beberapa batu dari bandar tersebut. Namun agak malangnya tokoh tersebut telah meninggal dunia dan mereka berpatah balik kebandar Miliana dan telah mengebumikan beliau dibandar tersebut.Selepas kejadian malang itu kumpulan kami telah berpecah dan saya akhirnya mengikuti rombongan ahli perniagaan dari Tunis dan bila kami sampai diAlgiers kami pun berkhemah disitu buat beberapa hari dan kami akhirnya bertemu semula dengan rombongan al-Zubaidi diMitja.

Bersambung: Ibn Battuta-Source http://www.spotlightofpeace.com/

Nota: Ibn Battuta dilahir pada 1303,Masehi di kota Tangier, Moroka.Keluarga beliau adalah peguam dan beliau belajar undang-undang semasa muda lagi.Beliau melakukan perjalanan  mengerjakan haji pada tahun 1325,Masehi dan sampai diMekah tahun 1326.Catatan perjalanan beliau cukup terkenal lebih dari Marco Polo yang melebihi 1000 mukasurat.

Monday, January 2, 2012

Trilogy Haji- Kisah-Kisah Para Wali Menunaikan Haji

Kini saya muatkan beberapa kisah para wali yang menunaikan haji diMekah yang merupakan sebahagian dari buku yang sedang saya usahakan iaitu Trilogy Haji.Inilah kisah-kisahnya:-

Kisah I

Muhammad bin Ismail Abu Abdillah Al-Maghribi telah mengerjakan haji dengan berjalan kaki sebanyak 97 kali.Beliau berjalan kaki ditengah malam yang gelap gelita dan berkaki ayam dan dia berjalan macam dikala diwaktu disiang hari.Orang-orang yang berjalan mengikut beliau adalah ramai dan menjadikan beliau seperti penyuluh jalan.Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini dia tidak pernah lagi melihat kegelapan.Selain dari itu kerana sering berjalan itu kakinya seolah-olah merupakan sepasang pengantin yang mewah (semacam dipakaikan intan belian ).

Sumber : Ajaib wa tharaif ibrat-tarikh, Dar-ul-Furqan,Al-Ryadh,K.A.S, 2011)

Kisah II

Sufyan al-Thauri telah tidak dapat tidur selama 30 tahun dan masa itu beliau habiskan dengan bersembahyang. Ada seorang anak muda yang tidak mampu untuk keMekah mengeluh tentang hal ini dan al-Thauri lantas berkata " Saya telah naik haji empat kali dan saya telah menukar segala yang saya perolehi dari hari itu kepada apa yang engkau keluhkan ".Orang muda itu bersetuju tentang yang beliau katakan dan dijalankan majlis pertukaran itu diantara  kedua belah pihak secara suka hati.Dan pada satu malam al-Thauri mendengar suara yang berkata " Kamu telah beruntung, kerana kamu beli dengan harga yang murah dan kamu telah bahagikan kepada alam dan  semua didalam alam menjadi sangat kaya ".

Sumber : Tazkiratul-Auliya,Pustaka Aman Pres,1967

Kisah III

Abu Abdullah Muhammad telah menunaikan haji keMekah beliau ketika itu hanya membawa sebuah timba dan seutas tali untuk mengambil air.Sedalam perjalanan disatu hutan dilihatnya banyak rusa yang sedang minum air ditelaga, bila beliau hampir dengan telaga itu rusa-rusa itu pun lari dan didapati air telaga itu turun kebawah.Beliau cuba mengambil air tapi tidak berjaya, lalu beliau berdoa meminta air dinaikkan. Setelah itu beliau mendengar suara supaya dia tidak bergantung pada timba dan tali tetapi kepada Allah. Lalu dibuangnya timba dan tali itu maka air naik kepermukaan telaga dan beliau meminum dengan sepuas-puasnya.

Sumber : Tazkiratul-Auliya, Pustaka Aman Pres , 1967

Banyak lagi-kisah yang saya hidangkan seperti kisah Naser e Khosraw, Ibn Battuta dan lain-lain yang menunaikan haji dalam buku sedang saya usahakan.

Dr Aminudin