Thursday, February 12, 2009

Buah Kampong dan Hutan Saya Idamkan

Semasa dulu kalau musim buah dikampong Relong dan sekitarnya,buahan akan berlambakan dan tidak habis untuk dimakan, namun begitu buahan yang tidak bermusim boleh didapati dipekan sari dekat balairaya lama iaitu sempadan dengan Kg Bapong.Musim buah kami lepas sekolah jarang ada dirumah kerana ada atas pokok buah.Kerja sekolah jarang dibuat dan sebagai sogokan pada cikgu kami bawa buah banyak-banyak dan berikan pada mereka, jadi tak kena marahlah.Cikgu Hawa selalu sengeh bila kami bawa banyak buah untuk dia, tapi Cikgu Deraman kadang-kadang bila naik angin takmakan disogok, matilah kami.Namun buah yang banyak seperti durian,manggis,langsat,kundang adalah biasa bagi kita sekarang.

Buah yang jarang kita lihat lagi ialah jambu bangkok yang merah dan yang berbelang merah dan putih.Begitu juga buah rawa yang dulu ada dekat rumah kami dekat gedung wan dah kena tebang dan begitu juga buah bidara yang selalu jadi tempat kami memanjat bila lepas balik sekolah.Buah tumbuhan liar iaitu buah selemba yang bila masak cukup manis malah boleh buat ganti gula , sekarang tak pernah nampak lagi.,begitu juga buah taban atau tampoi yang isinya macam buah rambai, adoi sedapnya kalau ada,dulu zaman komunis mereka makan buah ini sebagai ganti nasi sebab ia mengenyangkan sebab kena telan biji-biji.Begitu juga buah kelubi dan buah salak hutan yang banyak sebelah ulu teris sekarang pun dan tak ada lagi, yang hanya salak dari indonesia, itupun tak begitu enak walaupun mereka kata rasa macam madu.

Buah bangkong yang kalau dibakar dan dibuat gulai tempoyak dengan ikan puyu pun dah pupus, ayah saya kata dah mati kerana terlalu terbiar.Buah kepayang pun sedap setelah direbus dengan garam dan boleh makan dengan nasi pun dah tak ada lagi, begitu juga buah keranji yang warna hitam macam proton perdana V6 milik kerajaan pun ,puas saya cari dipasar tani dah tak ada lagi.Jadi bagi kawan saya diUPM dapatlah membantu saya kita membuat projek mengklon pokok buahan kampong atau hutan untuk kita tinggalkan pada generasi akan datang.

Dr Aminudin

Permainan Tradisi V Moden

DiRelong, semasa kecil kami bermain congkeh,bedil buluh,dengket,batu tangkup,polis senteri,tarik upeh dan lain-lain.Disini saya menghuraikan main congkeh dan batu tangkup dimana mainan ini ada saya muatkan dalam kajian terhadap permainan tradisi dilembah bama.Main congkeh membolehkan minda dan fizikal kita teransang dengan pengiraan matematik dan begitu juga batu tangkup.Disamping itu menerapkan skill atau kemahiran kira mengimbangan pergerakan kakitangan kita ketika bermain.Misalnya permainan congkeh memerlukan kita berfikir untuk mencongkeh anak kayu congkeh kearah mana tidak dapat ditangkap oleh lawan dan kemudian kebolehan kita memukul anak kayu itu sekuat mungkin bagi memperolehi mata yang banyak bila kita sampai ketahap itu.Masa mengukur itu membolehkan kita bergerak secara fizikal disamping dapat membilang berapa jarak anak kayu yang dipukul itu dari lubang congkeh.Ini adalah significant bagi daya ingatan dan pergerakan fizikal masa mengukur.Begitu juga dengan main batu tangkup dimana masa kita melambung batu itu secara berpasang untuk ditangkap sambil satu lagi batu sebagai regu untuk ditanggap.Imbangan pergerakan fizikal dan daya ingatan dalam permainan tradisional adalah baik berbanding dengan permainan moden seperti golf,tenis,badminton dan lain-lain yang memerlukan kos tinggi dan kadang-kala ada unsur pertaruhan.

Musim Mengemping Dalam Kenangan


Kini diRelong tiada lagi mana-mana rumah buat emping untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan.Zaman saya masih bersekolah rendah diRelong dulu, perkara inilah yang paling mengembirakan kami.Disungai batu, rumah lama saya dekat gua bama dan gedung wan saya lah tempat popular mengemping.Saya masih ingat Kakak Nab dan Abang Nor masih tinggal dengan wan dekat rumah kami.Bila tiba musim mengemping iaitu biasanya musim padi hampir masak kami mengemping yang biasanya waktu malam.Ramai kawan-kawan datang seperti Abang Mat,Aruwah Abang akil, Akak Milah,Abang Hamid datang sama tolong membantu.Emping sebenarnya kena tumbuk dalam lesong dengan alu ataupun indek.Hari ini kita nak cari indek tidak terdapat lagi, taktahulah saya kalau ada lagi rumah diRelong yang menyimpan indek sebagai barang antik.Saya ada tanya pejabat kraftangan kuantan,mereka kata tak ada tapi lesong ada.Bila saya tengok, lesong pun suadah hampir reput, jadi pada tukang kayu yang boleh membuat lesong,silalah buat,insyallah saya akan beli.

Bebalik kepada pesta atau acara mengemping tadi biasanya setelah ditumbuk emping yang siap ditampi boleh dimakan terus atau dimakan dengan serawa telor.Ia juga boleh ditumbuk dengan gula kabung dan dimakan dengan kelapa parut,sungguh enak.Hari ini mengemping diRelong hanya tinggal kenangan dan dalam kajian saya terhadap lembah bama ada saya sentuh mengenai perkara ini untuk kenangan -kenangan.Jadi bagi mereka yang ada gambar indek dan pesta mengemping bolehlah berikan kepada saya untuk dipaparkan dalam blog ini.

Wednesday, February 11, 2009

Gambar Surau bukit Berangan


Musim Getah Meluruh

Saya ada balik kampong pada awal bulan Februari ini keRelong.Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lipis menerusi jalan Jengka Pusat KeJerantut Melalui Kuala Tembeling, kemudian Mela, Kerambit dan Kekuala lipis, pemandangan sungguh indah walaupun panas terek.Saya bersama Tok Imam ,Batu Hitam balik keRelong menjengok Ayah dan Emak dan juga Amir.Pemandangan ini teringat saya keadaan yang sama diUSA dan Jepun semasa belajar dahulu iaitu menghadapi musim bunga tetapi disini kita musim getah luruh.Penoreh getah sudah tidak dapat menoreh dan lagipun harga getah sekarang telah jatuh teruk.Ekonomi dunia dalam geraf menjunam dan diUSA banyak kawan saya yang telah berhenti kerja, kena cari kerja partime.Negara kita masih gawat politiknya diPerak.Dengar 2 menteri besar dalam satu kapal dan salah seorang penduduk pulau pangkor yang saya kira boleh membawa kapal dengan baik.Semasa saya di OBS(out bound School ,Lumut dulu kalau sebut Pulau Sembilan semua kecut nak belayar kesitu, maklumlah masih jadi kedet, sekarang sudah tidak takut lagi,malah ada kawan-kawan dan jadi boss dan datok-datuk.Jadi masa getah meluruh kena ada satu skim bantu penoreh oleh kerajaan jangan pada nelayan dan petani aje.Jadi Tok Pa kena tengok ini.

Dr Aminudin (pernah kerja dengan Tok Pa)

Thursday, February 5, 2009

Surau Bukit Berangan

Surau ini terkenal dengan sistem pondok dimana kami masa kecil belajar agama dan fardu ain.Hari ini tokoh-tokoh yang mengajar disitu semua telah kembali kerahmatullah.anak Haji Uda cikgu Zahari telah pencen dari PPD Lipis,Ustad Muhamad(imam masjid Relong) pun dah meninggal ,anak dia jemilah dan suhaimi masih ada, tapi tradisi sekolah pondok ini tidaklah berjalan lagi sekarang.Saya dikata oleh cikgu Yusof takbalik lagi keRelong adalah tidak benar, gambar ini dan kajian gua bama sedang hampir siap.

Dr Aminudin

Gambar kajian