Thursday, February 12, 2009

Musim Mengemping Dalam Kenangan


Kini diRelong tiada lagi mana-mana rumah buat emping untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan.Zaman saya masih bersekolah rendah diRelong dulu, perkara inilah yang paling mengembirakan kami.Disungai batu, rumah lama saya dekat gua bama dan gedung wan saya lah tempat popular mengemping.Saya masih ingat Kakak Nab dan Abang Nor masih tinggal dengan wan dekat rumah kami.Bila tiba musim mengemping iaitu biasanya musim padi hampir masak kami mengemping yang biasanya waktu malam.Ramai kawan-kawan datang seperti Abang Mat,Aruwah Abang akil, Akak Milah,Abang Hamid datang sama tolong membantu.Emping sebenarnya kena tumbuk dalam lesong dengan alu ataupun indek.Hari ini kita nak cari indek tidak terdapat lagi, taktahulah saya kalau ada lagi rumah diRelong yang menyimpan indek sebagai barang antik.Saya ada tanya pejabat kraftangan kuantan,mereka kata tak ada tapi lesong ada.Bila saya tengok, lesong pun suadah hampir reput, jadi pada tukang kayu yang boleh membuat lesong,silalah buat,insyallah saya akan beli.

Bebalik kepada pesta atau acara mengemping tadi biasanya setelah ditumbuk emping yang siap ditampi boleh dimakan terus atau dimakan dengan serawa telor.Ia juga boleh ditumbuk dengan gula kabung dan dimakan dengan kelapa parut,sungguh enak.Hari ini mengemping diRelong hanya tinggal kenangan dan dalam kajian saya terhadap lembah bama ada saya sentuh mengenai perkara ini untuk kenangan -kenangan.Jadi bagi mereka yang ada gambar indek dan pesta mengemping bolehlah berikan kepada saya untuk dipaparkan dalam blog ini.

Wednesday, February 11, 2009

Gambar Surau bukit Berangan


Musim Getah Meluruh

Saya ada balik kampong pada awal bulan Februari ini keRelong.Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lipis menerusi jalan Jengka Pusat KeJerantut Melalui Kuala Tembeling, kemudian Mela, Kerambit dan Kekuala lipis, pemandangan sungguh indah walaupun panas terek.Saya bersama Tok Imam ,Batu Hitam balik keRelong menjengok Ayah dan Emak dan juga Amir.Pemandangan ini teringat saya keadaan yang sama diUSA dan Jepun semasa belajar dahulu iaitu menghadapi musim bunga tetapi disini kita musim getah luruh.Penoreh getah sudah tidak dapat menoreh dan lagipun harga getah sekarang telah jatuh teruk.Ekonomi dunia dalam geraf menjunam dan diUSA banyak kawan saya yang telah berhenti kerja, kena cari kerja partime.Negara kita masih gawat politiknya diPerak.Dengar 2 menteri besar dalam satu kapal dan salah seorang penduduk pulau pangkor yang saya kira boleh membawa kapal dengan baik.Semasa saya di OBS(out bound School ,Lumut dulu kalau sebut Pulau Sembilan semua kecut nak belayar kesitu, maklumlah masih jadi kedet, sekarang sudah tidak takut lagi,malah ada kawan-kawan dan jadi boss dan datok-datuk.Jadi masa getah meluruh kena ada satu skim bantu penoreh oleh kerajaan jangan pada nelayan dan petani aje.Jadi Tok Pa kena tengok ini.

Dr Aminudin (pernah kerja dengan Tok Pa)

Thursday, February 5, 2009

Surau Bukit Berangan

Surau ini terkenal dengan sistem pondok dimana kami masa kecil belajar agama dan fardu ain.Hari ini tokoh-tokoh yang mengajar disitu semua telah kembali kerahmatullah.anak Haji Uda cikgu Zahari telah pencen dari PPD Lipis,Ustad Muhamad(imam masjid Relong) pun dah meninggal ,anak dia jemilah dan suhaimi masih ada, tapi tradisi sekolah pondok ini tidaklah berjalan lagi sekarang.Saya dikata oleh cikgu Yusof takbalik lagi keRelong adalah tidak benar, gambar ini dan kajian gua bama sedang hampir siap.

Dr Aminudin

Gambar kajian


Saturday, January 31, 2009

Belasungkawa Pakalang

Pakalang Nor Zainuddin telah kembali kealam baqa pada awal tahun ini.Saya merasakan satu kehilangan besar pada kami keluarga diKg Keledek.Walau pun saya tidak dibesarkan diKeledek namun disitu tempat permainan saya dimasa kecil.Mencari burung punai dan merebak untuk dibuat lauk nasi.Pakalang adalah rakan dan paksaudara saya sebelah bapa.Masa kecil Allahyarham tinggal dirumah kami untuk belajar disekolah Relong kemudian dia belajar diKuantan dan kemudian kemaktab perguruan untuk menjadi guru.Beliau seorng guru yang gigih dan dedikasi walaupun menghadapi sakit buat pinggang, dia belajar diUPM untuk mendapat ijazah.Kemudian dia menjadi pegawai penyelidik diKementerian Pelajaran.Beliau merupakan pesakit buah pinggang yang dapat bertahan lebih 20 tahun dengan menggunakan mesin dialisis, satu kegigihan yang luarbiasa.Selain dari itu dia seorang pengarang dan penulis cerpen dan novel yang saya kagumi.Pemergian beliau satu kehilangan bagi kami dan dia seorang tokoh guru yang patut dihargai.Alhamdulliah anak-anaknya semua berjaya menjejak kaki keuniversiti.Pada Ijah,Iskandar,Jepun (Dr),Apek,Mi kita reda dengan pemergian orang yang kita sayangi.Alfatihan.

Dr Aminudin

Saturday, January 17, 2009

Gambar-gambar Kawasan Kajian

Dalam edisi ini saya sertakan gambar-gambar kawasan kajian Lembah Bama, misalnya gambar gua bama,Surau Bukit Berangan,makan diraja kgMarhum,Kuala pahang yang saya lawati dan lain-lain