Setelah meneliti Hukum Kanun Pahang yang saya beli diMuzium Pahang itu saya akan mengkaji aspek penerapan idea-idea Imam Shafi'i yang merupakan mazhab pegangan kita diMalaysia.Disamping itu juga saya akan membuat perbandingan dengan Undang-Undang Kedah yang ditulis pada 1650,Masehi .Buku Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Mariyam Salim ,diterbitkan oleh DBP hanya dijual pada harga RM23 berbanding dengan Hukum Kanun Pahang dijual pada harga RM298.Natijahnya buku mana yang dapat kita manafatkan untuk memperolehi ilmu, anda sahaja yang dapat menjawabnya sebab wang bagi pembeliannya dari poket anda. Bagi saya akan saya buatkan ikhtisar dan perbandingan bagi kedua buku tersebut dengan ilmu-limu Imam Shafi'i yang ditinggalkan kepada kita semua untuk diterapkan. Insyallah apabila kajian saya sudah akan saya terbitkan dan bagi yang ingin membelinya mampu berbuat demikian dengan harga yang tidaklah mencecah ratusan ringgit.
Thursday, October 24, 2013
Wednesday, October 16, 2013
Kajian Hukum Kanun Pahang
Saya membeli senaskhah buku Hukum Kanun Pahang berharga RM298 yang diterbitkan oleh Muzium Negeri Pahang. Buku tersebut diselenggara oleh Yaakub Isa pada tahun 2003.Dalam buku itu terdapat 2 versi Hukum Kanun Pahang iaitu Versi yang mereka namakan Manuskrip Muzium Negeri Pahang dan Versi Winstedt dan Kempe.Bagi versi Muzium Negeri Pahang ditulis oleh Fakir dari Pulau Raya.Menjadi kemuskilan bagi Yaakub Isa dimana letak Pulau Raya. Dengan teknologi yang canggih sekarang Pulau Raya terletak dekat Kuala Krau, Temerloh. Maka saya berpendapat tiada orang lain menyalin versi ini kalau tidak orang Pahang.Syabas orang Pahang yang memang bijak mengarang sepertimana telah saya buat kajian tentang Hikayat Seri Raya Sebagai Naskhah Terawal diNusantara Dikarang oleh Orang Kuala Lipis.
Sunday, October 6, 2013
Bersama sepupuku menulis buku untuk pelajar
Sebagai bekas guru jiwa saya masih sayangkan pelajar, kini saya dan Cikgu Anderil menulis buku untuk pelajar SPM
Thursday, October 3, 2013
Idea Baru-Kajian Penghayatan Ilmu Imam Shafi'i
Sempena Pameran Buku-buku Islam diKuantan saya banyak juga membeli buku kegemaran saya terutama yang berbentuk memoir dan biografi.Sepanjang penelitian saya terhadap buku-buku ugama dipamiran itu hanya sebilangan kecil buku karangan Imam Mazhab kita iaitu Imam Shafi'i yang terdapat dan dua buku yang saya beli iaitu Unggulnya Seorang Alim Quraish oleh Dr Haji Mat SaadAbdul Rahman dan Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuti.Kedua buku ini menarik minat dan tanda tanya kepada diri saya sendiri kenapa buku-buku ,Imam Shafi'i tidak banyak diterbitkan sedangkan beliaulah Imam kita.Selain dari itu Sejarah Mazhab Shafi'i keMalaysia memanglah tidak diperolehi dipameran ini.Sebagai seorang penulis dari Pahang sudah pasti ini adalah tajuk menarik untuk dikaji lagipun saya sendiridalam buku-buku saya yangpernah ditulis mengatakan Islam mulai sampai keNusantara ini adalah kenegeri Pahang.Jadi saya juga mengesa cerdik pandai menulis tentang Imam Shafi'i untuk bacaan pelajar kita kerana dalam sukatan pelajaran SPM bagi Pendidikan Islam hanya sekelumit data tentang beliau.Bagitu jugalah bagi kita pengikut Imam Shafi'i tentulah lebih mengenali beliau dari tokoh Islam yang lain pada segi teorinya tapi saya rasa kalau ditanyakan kepada anda apakah kitab yang beliau tulis tentu sekali anda berasa tidakselesauntuk menjawabnya kerana dalam minda anda belum disediakan lagi data seperti al-Risalah,al-Umm,al-Musnad,Ahkam al-Quran,Al-Diwan dan banyak lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)