Monday, November 26, 2012
Pahang Beachcombing- Menerbitkan Semula Poskad
Sempena kajian saya bagi pantai-pantai diPahang dimulai dari Pantai Cendur,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemuk,Rompin saya bercadang untuk menerbitkan semula poskad yang kebanyakan dari kita sekarang telah tidak menggunakan. Memanglah dengan dengan ada media cetak menerusi ICT sekarang, gambar-gambar boleh kita perolehi dilaman-laman web dan blog. Namun saya terasa coretan dari kawan-kawan dan tempelan stem diatas poskad itu lebih meninggalkan kesan nostalgia dan dapat disimpan dalam album.Bila sila melihat poskad lama seperti diFraser Hill dan Cameron Highlands ditahun 1930an tentu kita dapat merasakan betapa dahulu cuaca kedua tempat ini begitu dingin dahulunya berbanding dengan cuaca sekarang.Ini semua saya huraikan tentang iklim Malaysia dan Pahang dalam buku saya ini...Beachcombing.Dipaparkan dua poskad lama bagaimana Fraser Hill dan Cameron Highlands dahulu dari buku Malaya 500 early postcards, oleh Cheah Jim Seng,2008.
Friday, November 23, 2012
Pahang Beachcombing- Siri 3
Geologi Pahang
Geologi Negeri Pahang didominasi oleh batu sedimen dan metasedimen yang berusia Paleozonik dan Mesozonik serta terdapat batuan igeneus rejahan aliran voleano yang berbagai-bagai usianya. Kepelbagaian usia dari zaman Paleozonik Awal hingga ke Mesozonik itu menjadikan Negeri Pahang ada kemungkinan menjangkau sempadan usia Perm-Trias iaitu Zaman yang kepupusan sejarah bumi dengan longgokan fosil dinasaur dalam enapan daratan Jura-Kapur dalam kawasan geologi Negeri Pahang ini. Ekonomi dan geologi Negeri Pahang memang kaya dengan mineralnya dan dengan banyak terdapat diKuala Lipis (lihat Kajian Lembah Bama Sebagai Lembah Emas yang saya tulis pada tahun 2009) dan Raub.Mineral yang banyak diPahang ialah emas, timah,tembaga, bijih besi dan lain-lain.Malahan dari segi Paleontologi adalah negeri yang terkaya dengan fosil Paleozonik dan Mesozonik (Warisan geologi Malaysia, 2001).
Lapuran industri perlombongan tahun 2006, menunjukkan Negeri Pahang mempunyai 15 lombong yang beroperasi terdiri daripadanya enam lombong emas, lima lombong bijih besi dan tiga lombong bijih timah dan satu lombong kaolin. Pahang adalah negeri pengeluar emas yang terbesar diSemenanjung Malaysia dan begitu juga bijih besi pada tahun 2006. Emas Pahang sebahagian besarnya dikeluarkan dari Lombong Emas Penjom dan inilah bukti bahawa Lembah Bama (Kuala Lipis) merupakan Lembah Emas seperti mana dalam Teori Lembah Bama yang saya kemukakan itu telah terbukti benar.

Pahang Beachcombing- Siri 2
Geografi Pahang Sepintas Lalu
Pahang merupakan negeri terbesar diSemenanjung Malaysia dimana keluasannya ialah 3,596,585 hektar.Geografinya merupakan berkeadaan tanah tinggi disebelah barat dan bercerun landai serta rendah dikawasan pantai seperti Kuantan, Pekan dan Rompin. Pantainya yang semula-jadi indah dan menawan itu kelihatan dari jauh kebiruan membuat ramai orang tertawan itu mempunyai pantai yang panjang sekitar 208kilometer. Ombaknya pula begitu besar dan kadang-kadang kasar memukul pantai Pahang dimusim tengkujuh dan ramai nelayan yang mendiami sekitar pantainya tidak dapat turun kelaut mencari rezeki dimusim tengkujuh.Manakala kebanyakan pusat-pusat peranginan yang mempunyai hawa yang dan sejuk sepanjang tahun disemenanjung ini terletak diPahang.Tempat peranginan tersebut yang memang sudah terkenal diperingkat antarabangsa ialah Genting Highlands yang terletak diatas paras ketinggian diatas 2,000 meter dari paras laut itu boleh dikunjungi bila-bila masa dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuantan. Bagi Cameron Highlands pula yang terletak diatas ketinggian 800 meter dari paras laut itu merupakan tempat peranginan sejak zaman penjajahan British itu masih lagi dikunjungi ramai pelawat untuk melihat kebun-kebun sayur dan bungaan serta juga ladah teh BOH. Begitu jugalah Franser Hill yang mengambil sempena nama Louis James Fraser yang berada diatas ketinggian melebihi 1500 meter dari paras laut masih boleh dikunjungi untuk merasakan hawanya yang dingin.Namun kedinginan diCameron Highland dan Fraser Hill buat masa ini tidaklah lagi sedingin sewaktu saya zaman bebudak ditahun 1960an dahulu kerana telah banyak mukabumi kedua-dua tempat tersebut telah diterokai.

Thursday, November 22, 2012
Pahang Beachcombing-Siri 1
Mulai hari ini saya mulai menulis tentang "Pahang Beachcombing(PBc)".Minat saya menulis tentang PBc ini adalah kerana semasa saya bertugas diagensi keselamatan , kami menjaga dan mengawal semua pantai negeri Pahang mulai dari Pantai Cendur hinggalah keTanjung Gemuk diRompin Pahang, malahan hingga kePulau Tioman. Sejak itu saya meminati pantai-pantai negeri Pahang dan kini saya menetap ditepi pantai Negeri Pahang yang saya cintai ini. Kajian tentang "Beachcombing" diNegeri Pahang setahu saya belum ada lagi, maka kajian saya ini merupakan kajian perintis dan diharapkan dimasa akan datang dibuat pula oleh pengkaji yang lain.Sebelum saya menulis dalam siri-siri yang akan datang adalah baiknya saya definikan apa itu "Beachcombing", perkara ini bagi memudahkan perbincangan dibuat tentang skop kajian. Maklumlah sekarang ini begitu cerdik-pandai yang ingin mengkritik kajian kita sedangkan mereka tidak menulis sebuah buku pun hanya cuma dalam blog yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.
Kajian tentang "Beachcomber" pernah dibuat diEropah pada tahun 1847 tentang penduduk yang mendiami Pulau Pacific Selatan ,dimana "Combing" merujuk kepada pantai dan juga air laut sekitarnya.Ketika itu orang yang menduduki tepi pantai adalah pelaut yang tidak mempunyai perkerjaan.Namun hari ini penduduk tepi pantai adalah juga para peniaga yang berurusan dengan pemilik kapal dan pedagang.Hari ini istilah "Beachcombing" telah berubah menjadi "seorang yang membuat kajian tentang pantai dan kawasan sekitarnya ", malahan bagi pengkajian sedemikian memperolehi pula barang-barang yang berharga, pemandangan yang menarik dan penyelidikan yang menemukan hasil-hasil baru.Ada juga pengkaji yang membuat film tentang "Beachcombing " ini umpama dalam siri televisyen diKanada berjudul The Beachcombing yang dikeluarkan oleh British Columbia.

Saturday, November 17, 2012
Buku terbaharu "Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik"
Saya sekarang sedang mengedit buku saya yang berjudul "Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik", buku tersebut akan saya terbitkan pada tahun hadapan.Apa yang menariknya saya mengimbau kembali memoir saya semasa diJenan(SMSAH) dan SMART.Ini adalah foto bagi memoir tersebut dan salah satu foto tersebut dinukil dari Album Marizad, Jenan.Terima Kasih.
Monday, November 5, 2012
Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang: Satu Dimensi Baru
Sejarah Pahang tidak banyak ditulis oleh sarjana Pahang, mereka lebih suka menulis sejarah negeri orang lain agaknya.Saya telah menulis sejarah berkaitan Pahang telah beberapa buku diantaranya Kajian Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal DiAsia Tenggara, 2009.Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara DiTulis Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,2011,Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa dan Pembangunan Pahang,2012 dan Biografi Mejar (B)Abdillah,2012.Kini saya sedang menyiapkan buku kajian Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang:Satu Dimensi Baru.Dalam kajian ini saya mendapati Jepun telah lama mengetahui Pahang sebuah negeri yang banyak sumber mineral.Mereka menghantar perisik-perisik keKuala Lipis untuk mengesahkan hal mineral ini dan memang benar sekarang Kuala Lipis adalah pengeluar emas terbesar didunia dari lombong diPenjom dan diempang Jalih.Selain dari itu Kuala Lipis yang menjadi Ibu Negeri Pahang merupakan pusat perisikan Jepun.Ibu Pejabat Pusat Perisikan tersebut ialah Sekolah Menengah Clifford sekarang. Bilik-bilik tempat mendapat maklumat perisikan dibina dan sekolah tersebut serta juga bilik penyiksaan terdapat dalam kawasan sekolah tersebut.Namun telah dimusnahkan pada tahun 1980an akibat dikatakan berhantu dan mengacau budak sekolah. Adalah perkara ini benar ?.Ikutilah ceritanya dalam buku yang akan diterbitkan nanti.
Sunday, November 4, 2012
Realiti Hikayat Kini DiHargai
Seakarang barulah para sarjana Malaysia mengiktiraf Hikayat sebagai Sejarah Silam Melayu sedangkan saya telah mengkaji Hikayat Seri Rama Sebagai naskhah Tertua diKarang Oleh Orang Lembah Bama,2011 telah mendapat pengiktirafan Elite Dunia.Inilah wajah-wajah sarjana negara kita yang mana ingin bersaing diperingkat global.TK
Subscribe to:
Posts (Atom)