Saigyo menulis puisi agak ironic kerana beliau seorang sami yang hidupnya tanpa ikatan, malahan tidak ramai kawan dan dengan mudah pula melupakan dunia ini untuk menjadikan "jiwa gembira".Jadi pengkaji puisi Haiku mendapati tulisannya banyak berunsurkan jenaka namun beliau masih tidak dapat bebas dari pengaruh puisi dari Cina terutama karya-karya seperti Li Po. Ini berbeza dengan karya hasil tulisan Basho yang bersifat kesederhanaan yang merupakan puisi terbaik Haiku diJepun. Beliau banyak menulis tentang alam fauna yang dikaitkan dengan katak (frog), beliau ada menulis sedemikan bunyinya :-
fukuike ya kolam lama
kawazu tobikomu seekor katak melompat kedalam
mizu no oto bunyi air
Dalam puisi-puisi Basho banyak beliau mengungkap hal berkaitan dengan katak. Ini tidak dapat dinafikan dalam puisi-puisi Jepun kerana katak sering dikaitkan dengan unsur-unsur nyanyian. Hingga kini lagu-lagu Jepun banyak rekod-rekod yang telah dirakamkan banyak terdapat versi speices katak dibandingan nyanyian Sang Burung. Kadang kala ada juga saya menyatakan pada ibu angkatkan betapa merdunya bunyi burung merebuk dan terkukur diMalaysia hinggakan kami mengadakan pertandingan suara merebuk dan terkukur sambil para pengadil terdongak-dongak memandang dan mendengar merbuk berkukur.Puisi-puisi Basho lebih popular dengan bunyi katak namun ia sering menonjolkan juga betapa indahnya bukit terutama kalau beliau berada dipuncaknya, hinggakan Haikunya turut diungkap oleh beliau tentang bukit yang demikian bunyinya :-
shizukasa ya kesunyian sungguh
iwa ni shimiru meresap kedalam batu-batu
semi no koe riang-riang pula menanggis
Basho adalah Mahaguru puisi genre "Renga " yang dipanggil Haikai-no-Renga. Haiku yang ditulis oleh Basho dikenali juga Hokku yang dizaman beliau kadang-kala digelar pula Haibun yang boleh kita terjemahkan sebagai Prosa Haiku. Beliaulah menghasilkan genre ini yang paling popular iaiitu Oku no hosomichi yang secara lansung saya terjemahkan sebagai "Jalan-jalan Nan Sempit di Perdalaman.
Bersambung
Thursday, March 22, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 1
Saya ada mengarang Haiku dalam blog ini.Saya belajar Haiku dari ibu angkat saya semasa saya menjalani latihan pratikal semasa penempatan saya dibawah Program Pandang KeTimur.Ramai mereka yang ditaja oleh JPA telah kembali ketanah air tapi agak jarang mereka mencurahkan balik apa yang mereka perolehi kepada masyarakat terutama aspek seni dan kebudayaan. Sebagai seorang anak seni saya rasa bertanggung-jawab untuk mencurahkan ilmu yang saya perolehi kepada masyarakat dan juga mereka yang berminat dalam seni. Banyak ahli seni hari ini saya lihat lebih suka mengadakan pameran solonya dan menulis mengharapkan hadiah-hadiah seni tapi tidak mencurahkan ilmu yang mereka ada pada masyarakat. Inikah sifatnya sebagai seorang Seniman ?
Haiku diJepun bermula dizaman yang dikatakan "Renga" yang mana Mahaguru "Renga" ialah Matsuo Basho yang hidup dari 1644-1694 ,Masehi yang mengembara keseluruh Jepun untuk mengajar orang Jepun ,"Renga" dan hinggalah "Renga" menjadi milik rakyat terutama dalam kelompok gulungan pertengahan.Namun penulis seperti Basho sendiri dipengaruhi oleh puisi dari Cina yang ketika itu dizaman Dinasti Tang terutama penulis seperti Tu Fu,Li Po dan Po Chu-i. Puisi Haiku memperlihatkan keindahan dan kesederhanaan dalam kehidupan mere yang dibayangi oleh puisi dikarang oleh Saigo seperti berikut :-
to hito mo walau para pelawat
omoitaetaru mulai berhenti berfikir panjang
yamazatono pergunungan dikampung
sabishisa kesunyian tanpa siapa
sumiukaramashi kehidupan yang mungkin tidak selesa

Saturday, March 3, 2012
Status Penulisan Saya
Saya agak lama juga tidak menulis dalam blog ini kerana sedang menyiapkan buku-buku saya yang terbaharu untuk diterbitkan. Ini adalah status buku-buku saya yang akan diterbitkan tahun ini iaitu:-
1.Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan Pahang Dari Tahun 1889-1952- Status ,Dummy telah dibaiki dan akan dicetak. Harga jualan RM 48 sebuah. Sinopsis buku ini memuatkan finding yang cukup menarik iaitu 1.Pertubuhan NGO yang Pertama DiTanah Melayu melaungkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan adalah yang pertama ditubuhkan diKuala Lipis bukannya diPerak atau Selangor seperti ditulis oleh ahli sejarah terdahulu.2.Kekejaman British adalah lebih teruk dari Kekejaman Jepun berdasarkan zaman Hugh Clifford hingga Darurat, fakta berdasarakan sejarah dan statistik kematian orang Melayu, Cina dan India dan zaman darurat. 3.Kos membina Balai Polis ,Kuala Medang,Lipis hanya 25 sen dan ini adalah penindasan British terhadap orang Kuala Medang 4.Konsesi Perlombangan yang terbesar didunia masa penjajahan British ialah Konsesi Jelai juga diLipis 5.Kenapa tidak ada konflik kaum diPahang? sila baca buku saya tersebut bila diterbitkan.
2.Sumbangan Orang lembah Bama Terhadap Kebudayaan,Keselamatan dan Pembangunan Pahang :Biografi Mejar(B) Abdillah- status sedang disedikan Dummy oleh pencetak
3. Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik -status sedang menaip Manuskrip, walaubagaimanapun semua "kuliah" saya boleh diikuti dalam Facebook Group Koleksi Biografi dan ini boleh anda akses secara terus kerana group ini adalah terbuka kepada semua. Saya menyampaikan apa yang saya pelajari dan menyampaikan kepada mereka yang berminat untuk menulis memoir sendiri atau memoir orang lain.
Penerbitan Buku-Buku Akan datang
1.Saya bercadang akan menyambung buku saya "Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga " bagi Volume kedua pula yang akan memuatkan memoir saya semasa alam persekolahan dan kehidupan diKampung Relong.
2.Saya akan menerbitkan " Teori Raut Wajah dari Persepektif Islam :Satu Penerokan bagi Kajian Susur-galur Datok Linggi atau Sultan Ahmad Shah I Riayat Shah, Sultan Negeri Johor-Riau-Lingga" buku ini merupakan Bahagian Kedua Kajian Lembah Bama. Saya akan membentangkan manuskrip kajian ini diIndonesia tidak lama lagi dikalangan ahli Persatuan Profesional Indonesia. Manuskrip ini telah lama disiapkan.
3. Menyiapkan Kamus Ketenteraan, Stategi dan Peperangan- bidang ini adalah bidang kerjaya saya dahulu dan akan saya catatkan segala istilah yang berkaitan dengannya.
4. Pendudukan Jepun DiPahang : Satu Dimensi Baru- buku ini akan saya teruskan walaupun banyak data yang belum saya perolehi misalnya hendak mencari tokoh yang hidup dizaman Jepun, Gabenor Jepun yang memerintah Pahang , perkerja jalan keretapi maut diburma dan lain-lain.
5. Flora Yang Hidup DiPantai Negeri Pahang Dari Pantai Chendor,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemok,Rompin: Satu Gambaran Awal.
Bagi mereka yang berminat dengan buku-buku saya bolehlah diemail kepada : aminrelong@yahoo.com.my
Dr Aminudin

Subscribe to:
Posts (Atom)