Saya meninggalkan kota Tangier, kota kelahiranku pada minggu kedua bulan Rejab.Saya berniat menunaikan haji diMekah dan ingin menziarah makam Nabi Muhammad SAW diMedinah.Saya juga membuat keputusan untuk pergi seorang diri tanpa teman.Saya berpergian ini ibarat burung terbang meninggalkan sarangnya.Ibu-bapa saya ketika itu masih hidup dan berat juga hati saya untuk meninggalkan mereka dan mereka juga berat untuk melepaskan saya berpergian seorang diri kerana saya pada ketika itu baru berusia 22 tahun.
Saya sampai diTlemcen yang pada ketika itu Sultannya bernama Ibn Zayyan dan secara kebetulan kesampaian saya itu adalah juga perwakilan yang datang kebandar itu iaitu rombongan raja dari Ifriqiya. Bersama rombongan itu terdapat seorang anak muda yang bernama Muhammad al-Nafzawi yang juga merupakan seorang hakim dan seorang lagi bernama Syeikh al-Zubaidi yang merupakan seorang ilmuan yang terkenal ketika itu. Lantaran itu saya bercadang mengikut rombongan mereka ini.Saya hanya dapat mengikuti mereka ini bila sampai dibandar Miliana yang ketika itu cuaca cukup panas. Kedua tokoh yang saya ikuti rombongan ini telah jatuh sakit dan lebih tenat ialah Muhammad al-Nafzawi dan akibat dari itu kami mencari perkhemahan ditepi sungai yang beberapa batu dari bandar tersebut. Namun agak malangnya tokoh tersebut telah meninggal dunia dan mereka berpatah balik kebandar Miliana dan telah mengebumikan beliau dibandar tersebut.Selepas kejadian malang itu kumpulan kami telah berpecah dan saya akhirnya mengikuti rombongan ahli perniagaan dari Tunis dan bila kami sampai diAlgiers kami pun berkhemah disitu buat beberapa hari dan kami akhirnya bertemu semula dengan rombongan al-Zubaidi diMitja.
Bersambung: Ibn Battuta-Source http://www.spotlightofpeace.com/
Nota: Ibn Battuta dilahir pada 1303,Masehi di kota Tangier, Moroka.Keluarga beliau adalah peguam dan beliau belajar undang-undang semasa muda lagi.Beliau melakukan perjalanan mengerjakan haji pada tahun 1325,Masehi dan sampai diMekah tahun 1326.Catatan perjalanan beliau cukup terkenal lebih dari Marco Polo yang melebihi 1000 mukasurat.
Thursday, January 19, 2012
Monday, January 2, 2012
Trilogy Haji- Kisah-Kisah Para Wali Menunaikan Haji
Kini saya muatkan beberapa kisah para wali yang menunaikan haji diMekah yang merupakan sebahagian dari buku yang sedang saya usahakan iaitu Trilogy Haji.Inilah kisah-kisahnya:-
Kisah I
Muhammad bin Ismail Abu Abdillah Al-Maghribi telah mengerjakan haji dengan berjalan kaki sebanyak 97 kali.Beliau berjalan kaki ditengah malam yang gelap gelita dan berkaki ayam dan dia berjalan macam dikala diwaktu disiang hari.Orang-orang yang berjalan mengikut beliau adalah ramai dan menjadikan beliau seperti penyuluh jalan.Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini dia tidak pernah lagi melihat kegelapan.Selain dari itu kerana sering berjalan itu kakinya seolah-olah merupakan sepasang pengantin yang mewah (semacam dipakaikan intan belian ).
Sumber : Ajaib wa tharaif ibrat-tarikh, Dar-ul-Furqan,Al-Ryadh,K.A.S, 2011)
Kisah II
Sufyan al-Thauri telah tidak dapat tidur selama 30 tahun dan masa itu beliau habiskan dengan bersembahyang. Ada seorang anak muda yang tidak mampu untuk keMekah mengeluh tentang hal ini dan al-Thauri lantas berkata " Saya telah naik haji empat kali dan saya telah menukar segala yang saya perolehi dari hari itu kepada apa yang engkau keluhkan ".Orang muda itu bersetuju tentang yang beliau katakan dan dijalankan majlis pertukaran itu diantara kedua belah pihak secara suka hati.Dan pada satu malam al-Thauri mendengar suara yang berkata " Kamu telah beruntung, kerana kamu beli dengan harga yang murah dan kamu telah bahagikan kepada alam dan semua didalam alam menjadi sangat kaya ".
Sumber : Tazkiratul-Auliya,Pustaka Aman Pres,1967
Kisah III
Abu Abdullah Muhammad telah menunaikan haji keMekah beliau ketika itu hanya membawa sebuah timba dan seutas tali untuk mengambil air.Sedalam perjalanan disatu hutan dilihatnya banyak rusa yang sedang minum air ditelaga, bila beliau hampir dengan telaga itu rusa-rusa itu pun lari dan didapati air telaga itu turun kebawah.Beliau cuba mengambil air tapi tidak berjaya, lalu beliau berdoa meminta air dinaikkan. Setelah itu beliau mendengar suara supaya dia tidak bergantung pada timba dan tali tetapi kepada Allah. Lalu dibuangnya timba dan tali itu maka air naik kepermukaan telaga dan beliau meminum dengan sepuas-puasnya.
Sumber : Tazkiratul-Auliya, Pustaka Aman Pres , 1967
Banyak lagi-kisah yang saya hidangkan seperti kisah Naser e Khosraw, Ibn Battuta dan lain-lain yang menunaikan haji dalam buku sedang saya usahakan.
Dr Aminudin

Subscribe to:
Posts (Atom)