Sunday, July 28, 2013

Koleksi Penulisan dan Menerbitkan Sendiri

Saya telah memulakan koleksi penulisan dan penerbitan sendiri sejak 2003, dimana buku kecil saya yang pertama ialah Kamus Pengurusan Pengetahuan (ICT), 2003 semasa saya berkerja diPutrajaya. Kemudian buku saya yang kedua ialah Menyingkap Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal diAsia Tenggara ,2009.Ini diikuti oleh buku saya yang ketiga iaitu Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua Di Nusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang pada tahun 2011.Buku Compilasi Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga pula saya terbitkan tahun 2011 dengan diikuti oleh buku Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembanguan Pahang 1889-1952 telah saya terbitkan tahun 2012 bersama buku Biografi Mejar (B) Abdillah bin dan Uda, 2012 dan buku Bagaimana Menulis Memoir Dari Segi Teori dan Praktik ,2012.Semua buku-buku yang saya tulis dan terbitkan ini tidak melebihi dari 200 naskhah.

Tradisi menyimpan buku penulis secara peribadi telah lama dibuat oleh penulis-penulis barat, namun gelombangnya baru sampai keMalaysia pada tahun 2013. Sedangkan saya telah mengesan keperluan ini sejak 2003, jadi bayangkan betapa sesuatu idea yang baik hanya akan datang keMalaysia 10 tahun kemudian. Dimanakah salahnya ? Kalau nak kira ramai cerdik pandai Malaysia yang bertaraf profesor dan belajar diluar negara tidak dapat menyampaikan idea sebegini keMalaysia. Mereka ini yang mengajar diinstitusi pengajian tinggi bila balik keMalaysia hanya bergelut dengan kerjaya mereka dan tidak dapat menyumbangkan idea sebegini baik tidak disampaikan kepada masyarakat. Berita harian pada 29 Julai 2013 (Isnin) menyiarkan pendapat Sasterawan Negara tentang usaha kita mengumpul buku Nadir tapi tidak guna juga kalau tiada penulisnya. Cuba anda tanya dalam keluarga anda berapa orang yang berminat menulis. Bagi yang berminat menulis pula berapa buku yang telah diterbitkan.Manakala para penerbit pula mempunyai kreteria pula iaitu buku siapa yang akan mereka terbitkan. Jadi sebagai jalan keluar kita terbitkan buku kita sendiri dan jangan kira siapa pembelinya, namun demikian siapakah yang sanggup.Jawapannya hanya mereka yang berjiwa kental sebagai penulis saja yang berani, adakah anda dikalangan yang berani ?.

Sunday, July 7, 2013

Nostalgia Ramadan

Menjelang Ramadan hatiku terusik lagi
sebuah kenangan
Pada Surau Sungaibatu.

Disurau itu segalanya dibulan Ramadan
tempat kami berbuka, tarawih, beratib dan bermalam.

Disurau itulah kami diketuai oleh We Muhammad
menyuruh kami berbuka dengan tertib,
menyuruh kami sembayang dengan khusuk,
dan beratib bersama gulungan tua bagai nak bergoyang surau itu.

Kami berbuka penganan talam, air serebat, naik berulam, bubur keledek, bubur kacang dan macam-macam lagi.Setelah berbuka kami bersembayang Maghrib ,Ishak dan Tarawih dan beratib.Lepas itu makan lagi kuih-kuih yang ada hingga kekenyangan. Kalau malas balik kami tidur disurau setelah Abang Mat atau Abang Isa bercerita tentang kisah binatang atau pahlawan.

Semua itu tiada lagi .We Muhammad pun sudah tiada dan begitu juga Abang Isa
yang tinggal kami bebudak dulu dan kita telah dimamah usia  dan begitu juga Surau Sungai Batu pun sudah tiada.Begitu juga keketuk, kolah dan buku-buku lama pun tiada.

Tinggalah kami dengan kenangan yang masih mengusik jiwa dan generasi baru Sungai Batu yang tidak tahu dimana surau lama kami dahulu.